Assalammualaikum,

Alhamdulillah, saya telah berjaya membuat beberapa pembaharuan fasa pertama untuk nota subjek Data Struktur dan Algorithm untuk semester 1 2012/2013.

Seperti yang sedia maklum, untuk mempelajari perkara sebegini.Ianya memerlukan satu kaedah yang berkesan untuk diajar kepada pelajar-pelajar.

Walaupun ianya merupakan kali pertama memegang yang dari bidang saya sendiri setelah hampir 3 tahun memegang subjek matematik seperti Differential Equations dan Engineering Mathematics, maka ianya membuatkan saya bersemangat dan ingin melakukan pembaharuan yang diingini.

Iaitu teknik pengajaran yang santai dan berkesan untuk para pelajar.

Untuk subjek matematik, saya telah pun melakukan sedikit pembaharuan tetapi disebabkan ianya sememangnya tiada jalan mudah untuk membuatkan pelajar-pelajar faham. Maka pembaharuan tersebut sedikit sebanyak mendatangkan kesan positif juga. Terutamanya dari segi akses kepada nota-nota pensyarah.

Memang diakui saya jenis tidak bagi tutorial dan latihan yang banyak kepada para pelajar kerana saya beranggapan mereka ini adalah generasi matang yang mampu membuat latihan secara sendiri tanpa menunggu latihan daripada saya.

Saya menekankan teknik belajar siapa mahu maka dia yang perlu bekerja keras.

Bermaksud, jika sesiapa yang mahu berjaya, maka dia perlu melatih dirinya sendiri untuk berjaya dan seterusnya ke puncak kecemerlangan.

Semester 1 2012/2013 bagi pelajar degree akan bermula pada 10 September 2012 (iaitu kira-kira 3 minggu selepas hari raya aidilfitri) dan bagi para pelajar diploma pula adalah pada sekitar pertengahan Jun 2012.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s