Assalammualaikum,
Di dunia ini, nasib setiap individu atau manusia adalah berlainan sama sekali
Ada yang sedang dalam kesusahan
Ada yang dalam kesenangan dan sebagainya
.
Kemanisan iman itu dapat dirasakan dalam jiwa jika individu terbabit dapat mengamalkan apa perintah dan suruhan Allah S.W.T.
Jika tidak percaya, solat yang khusyuk membuatkan seseorang itu terasa amat tenang dan seolah-olah tiada langsung kesusahan yang menimpanya dapat membuatkan dirinya putus asa.
Tiada langsung dari mulutnya rasa susah dan perit dalam melakukan sesuatu kerana dia yakin bahawa Alalh S.W.T sentiasa bersama orang yang sabar dan beriman kepadaNya
Rakan-rakan
Saya amat berbangga dengan rakan-rakan dan juga orang Islam kita berjaya di dunia ini.
Saya juga rasa terharu bila melihat rakan-rakan dan orang Islam kita sentiasa berjaya dan dapat mengharungi segala keperitan hidup
Bagi saya,
Kesyukuran itu datang kerana betapa nikmatnya memperoleh rezeki daripada Allah S.W.T.
Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana keperitan dan kesusahan yang dihadapi sekarang, dapat dinikmati kenikmatannya di hari kemudian.
Jika tidak di dunia, pasti Allah membalasnya di akhirat.
Ada orang yang anaknya dilahirkan cacat dan terpaksa dilayan seperti bayi (seperti dalam rancangan TV3 semalam Bersamamu jam 9.00 malam 9 May 2012)
Saya merasa sebak kerana bayangkan kesusahan yang dihadapi dan terfikir inilah ujian yang rasanya tidak ramai mampu menghadapinya.
Bayangkan, dalam kesusahan tersebut, mengapakah kita masih mengeluh dan tidak bersyukur?
Rezeki
Oleh itu, manfaatkan rezeki yang diberikan oleh Allah.
Ingat, jadilah insan yang kaya kerana menjadi kaya membolehkan seseorang itu banyak menderma. Jadilah seorang yang kaya dan beriman.
Tolonglah umat Islam yang dalam kesusahan lain selagi ada rezeki lebih.
Ingat, Nabi Muhammad sayangkan umatnya tetapi adakah kita menyayangi Nabi Muhammad dengan mencontohi Baginda?
Sekadar Nukilan.