Assalammualaikum,
Ya, memang benar setiap hari bagi saya adalah hari Ibu
Tetapi, saya mengakui saya tidak mampu membuat ucapan kepada Ibu setiap hari.
Jadi, atas kesempatan ini, saya ingin membuat nukilan saya berkaitan Ibu(Khas kepada Ibu saya sendiri dan Ibu mertua saya)
———–
Ibu,
Aku amat beruntung kerana dibesarkan dan didikan olehmu dengan penuh kasih sayang.
Aku mengerti kasih sayang yang Ibu berikan kepadaku selama ini kerana betapa seorang ibu itu sangat bertungkus lumus membesarkan dan mendidik anak-anaknya
Ibu ikhlas berjaga menyusukan anaknya
Ibu ikhlas berhempas pulas menjaga keselamatan anaknya
Ibu sanggup berusaha memastikan anaknya sihat dan sejahtera
Ibu,
Terlalu banyak pergorbanan yang dilakukan demi diriku ini
Wang ringgit tidak mampu membayar kesemuanya itu
Bahkan seluruh alam tidak mampu jika inginku balas jasamu itu
Tatkala itu, Ibu hanya mahu aku mengerti tujuan hidup di dunia ini dan sentiasa mengamalkan perintah Allah S.W.T. dan mengikut sunnah Muhammad S.A.W.
Ibu,
Ucapanku ini tidak akan mampu membalas jasamu jua
Hanya doa akan kupanjatkan kepada Allah S.W.T. agar kurniakan tempat Ibuku di syurga bersama arwah ayah kandungku.
Segala cabaran selaku ibu tunggal amat kukagumi.
Selamat hari ibu kepada Che Rozidah Binti Adam dan Noorlidah Binti Harun.
Terima Kasih atas jasamu selama ini.