Assalammualaikum,

Jika seseorang itu belum mempelajari sesuatu, maka pasti amat sukar untuk melakukannya buat pertama kalinya

Seperti contoh untuk membuat burger ayam special dengan baik

Seseorang yang pakar pasti sudah melaluinya dengan pelbagai versi sehinggalah mendapat yang terbaik masakan burger ayam specialnya

Tetapi bagi yang sekali sekala sahaja membuat burger ayam special pasti lain pula jadinya

Itupun yang selalu membuat burger ayam special itu tidak dapat membuatkannya ramai orang merasa sedap dengan burger ayam specialnya kerana lidah setiap manusia berlainan

Maka tidak haruslah dipersalahkan si tukang masak jika merasa tidak sedap kerana ianya dimasak oleh pelbagai faktor dan antaranya adalah disebabkan

a) sememangnya tempat asalnya sukakan masakan sedemikian
b) kepakaran yang berbeza dari anda

Maka dari situ datangnya unik manusia

.

.

Susah sebelum senang

.

Ada yang datang dari keluarga kaya tanpa perlu bersusah payah mencari rumah dan dapat disediakan rumah buatnya. Alhamdulillah

Tetapi ada yang datang dari keluarga sederhana dan anaknya terpaksa membeli sendiri rumah kerana ibubapanya tidak mampu menyediakannya

Banyak lagi situasi yang berlaku dan ramai juga yang telah berkahwin tetapi masih tinggal dengan ibubapa disebabkan rumah mahal atau tidak mahu sewa takut duit habis untuk kumpul beli sesuatu (rumah dan sebagainya)

Dengan kepelbagaian ragam manusia dan tahap kesusahan dan kesenangan ini, maka saya mempunyai pandangan saya akan ciri-ciri manusia yang saya lihat

Pada pandangan saya dan ilmu saya yang ada ini jika dibandingkan dengan para pakar diluar sana.

Saya yakin kesusahan setiap individu itu membuatkannya seseorang itu lebih tabah berbanding yang jarang mengalami kesusahan

Katakan ada dua buah rumah dua tingkat yang sama

Individu A membelinya hasil titik peluh duit sendiri sebagai penjawat awam dan membuat potongan bulan demi bulan duit gajinya

Individu B pula dapat di”support” oleh ibubapanya yang kaya dan tidak perlu membuat potongan bulan demi bulan.

Jadi,

pastikan kita merasakan individu B beruntung kerana dapat rumah free dan duit tak perlu potong bulan demi bulan

Kepada Individu A, pasti ramai yang kata perlu bersusah-susah membeli rumah.

.

Sememangnya kita akui, individu A mengalami kesulitan yang lagi besar berbanding individu B tersebut. Tetapi tahap kepuasan hati dalam membeli rumah tersebut adalah berlainan sama sekali.

Memiliki sesuatu menggunakan hard-earned money adalah suatu yang tidak dapat dijual beli.

Ianya satu perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh mana-mana individu melainkan individu itu sendiri.

Seperti kita mendapat benda free dan bukan free.

Kita lebih menghargai benda yang kita beli berbanding benda free (secara amnya)

Pada pandangan saya lagi,

Keperitan itu mengajar erti untuk lebih berusaha dari orang lain.

Dia tahu dia perlu bekerja lebih keras kerana perlu membayar lebih banyak dan secara tidak langsung ini menambahkan ketabahan dan keyakinannya untuk terus berusaha.

Tidak seperti yang mendapat benda yang free atau senang-lenang, majoritinya tersasar dari prinsip asal dan akhirnya sesuatu yang didapati secara percuma itu tidak dihargainya dengan betul (sebahagiannya).

Tetapi saya tetap percaya, semakin banyak liku dan cabaran yang anda hadapi, semakin kuat anda akan lebih berjaya di masa hadapan.

Ianya terserah kepada kita untuk menjadikan ianya satu cara meningkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

Seperti kebanyakan yang menyambung belajar PhD secara sambilan,

Walaupun mereka ini mengeluarkan KWSP setiap semester untuk membayar yuran pengajian.

Namun kesusahan itu berbaloi dan akhirnya berbayar dengan suatu nilai yang anda sendiri tidak sangka

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s