Assalammualaikum,
Syukur alhamdulillah,
saya membuat entry ini juga setelah sekian lama tamat Program Innovative and Creativity Showcase: The Commercialization and Intellectual Property Assets oleh AYEnet dan AKEPT.
Program tersebut berlangsung dengan berjayanya walaupun pada peringkat urusetia, terdapat beberapa kepincangan namun ianya amat menarik dan speakers semuanya hebat
Saya selalu ke AKEPT dari selatan (Melaka) menggunakan exit LABU.
Dari situ, saya hanya perlu kekiri selepas tol dan ambil lane sebelah kiri (bercabang dua) dan seterusnya straight dalam 10 km sehingga tiba satu junction (traffic light simpang empat) dan kemudian belok ke kanan. Dalam 2.5 kilometer, akan nampak sign AKEPT dan terus belok ke kiri.
Dari situ, perlu straight sahaja dalam 9 kilometer dan perhatikan sebelah kiri ada bangunan besar AKEPT.
Hostel
Hostel yang diberikan untuk peserta menginap adalah bertaraf hotel dan ianya amat bagus serta menarik.
Maka saya amat teruja dan internet juga sangat laju untuk mendownload movie pun boleh.hahahaha.
Kemudian,
makanan juga bertaraf hotel dan sangat bagus
Gambar tiadalah pula untuk dimasukkan ke dalam ini.
Tetapi saya rasa anda boleh search Google dan cari sendiri gambar tersebut.hahaha.
Terima Kasih