Assalammualaikum,
Syukur alhamdulillah, kita sudah memasuki area bulan Ramadhan 1433 Hijrah.
Suka saya ingatkan, bahawa diri saya adalah hanya sekadar manusia yang cuba untuk mendapat tempat di sisi Allah S.W.T. sahaja
Manusia
Apabila kita sebut manusia, maka kita akan ada tiga perkara ini.
Pahala
Neutral
Dosa
Saya terbaca artikel Ustaz Dr. Zaharuddin yang menyebut “zero dosa adalah tidak wujud pada manusia selain Nabi”
Ya,
Memang benar
Jika kita fikirkan sebegitu, bermakna, tidak kisah pangkat atau sehebat mana pun seseorang pemimpin tersebut atau rakyat.
Kita tetap ada buat silap
Yang membezakannya adalah tahap kesilapan berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada pada kita
Saya selaku pengajar atau pensyarah sekalipun,
pastinya melakukan kesilapan dan kebaikan juga
Saya sendiri tidak tahu samada ini adalah kebaikan ataupun kesilapan
Ada orang mengatakan ianya bagus dan ada yang mengatakan ianya tidak bagus
Ada yang mengatakan “kau ni berdosa buat begitu” dan pelbagai lagi
Tapi siapalah kita menentukan syurga neraka seseorang?
kenapa kita begitu busuk hati mendoakan agar seseorang itu ditimpa bala tatkala kita anggap dia melakukan dosa atau kesilapan?
Tidak bolehkah kita mendengar penjelasan terlebih dahulu dari individu terbabit dan menasihatkannya secara baik?
Sebab itulah, jangan kita cepat menilai seseorang.
SIAPA KITA dalam menentukan pahala atau dosa seseorang?
Sebab itulah, dalam apa juga perkara yang saya lakukan, saya sentiasa maju kehadapan.
Biar silap atau betul, saya akan perbaikikannya jika ada teguran, tersedar dari silap dan sebagainya.
Oleh sebab itu, tegurlah saya jika merasakan saya silap dan dengar dahulu penjelasan saya
Anda pun begitu, jangan terlalu menyalahkan seseorang tanpa selidik dahulu sedalam-dalamnya
Doakan yang terbaik agar mereka yang anda rasa buat silap ini agar insaf dan seterusnya menjadi rakan anda.
Kepada para pelajar dan rakan-rakan saya,
Boleh tegur direct kepada saya sekiranya saya buat silap atau nak berborak dan sebagainya
Even 20 atau 30 tahun lagi sekalipun, saya berazam untuk menjadi insan yang boleh ditegur oleh segenap lapisan masyarakat
Pemimpin bukan bebas dosa. Jadi, tegurlah mereka dan jika kita yang menjadi pemimpin, biarkan rakyat tegur.
Itulah sebaik-baik pemimpin.
Sekadar pandangan
Hamzah, Julai 21, 2012 pukul 10.09 pm