Salam,
Saya ingin berbicara satu topik.
Kadang-kadang ada timbul soal di mana hanya ketua sahaja boleh berkata bagi segala urusan berkaitan tanggungjawabnya
Seperti urusan memberitahu maklumat berkaitan status organisasinya atau sebarang aktiviti organisasinya
Namun demikian, adakah anak buahnya juga boleh memberitahu bagi pihak ketuanya?
Seperti apabila orang luar kehendakan maklumat yang umum dan kita ada maklumat tersebut?
Saya berpendapat perlunya sesuatu perkara itu jika bersifat umum dan mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah maka saya sarankan maklumat-maklumat tersebut diberitahu secara hebahan umum. Dengan syaratnya tidak diberitahulah maklumat-maklumat sulit.
Sebagai contoh jika orang luar bertanyakan seperti apakah program ditawarkan di universiti anda.
Maka kita menjawab program sebegini dan sebegitu ditawarkan dan proses kemasukannya begini.
Kemudian mungkin juga boleh diberitahu berapa banyak pelajar yang akan diambil supaya orang luar boleh tahu tahap kesukaran memasuki universiti tersebut.
Tetapi tidaklah diberitahu maklumat-maklumat sulit yang lain. Mungkin seperti maklumat kebanyakan pelajar datang dari mana dan sebagainya untuk mengelakkan orang salah sangka.
Bagaimanapun, sekiranya orang luar bertanyakan prestasi pelajar, itu yang mungkin kita perlu berusaha sedaya upaya menjawabnya.
Kita tidak boleh berbohong.
Tetapi gunakan kebijakan anda selaku staf di universiti terbabit menerangkan prestasi pelajar tersebut dan hubungan dengan universiti.
Sebab kadang-kadang orang luar mahu membanding-bandingkan prestasi pelajar universiti A dan universiti B dan sebagainya.
Tidak salah untuk beritahu asalkan dengan cara terbaik dan tidak membuatkan orang salah sangka.
Sebenarnya juga, prestasi pelajar ada kaitan dengan prestasi sebelumnya iaitu sebelum memasuki universiti.
Ada yang dapat barisan pelajar-pelajar yang bagus dan ada yang mendapat sekadar atas pagar.
Tetapi yang menentukan prestasi adalah pelajar dan pensyarah yang mengajar.
Maka bukan soal universiti itu tidak bagus atau tidak.
Maka pendapat saya,
semua pihak main peranan penting dalam menyampaikan maklumat
Sama seperti membuang sampah.
Bukan tanggungjawab pakcik cleaner sahaja untuk kutip sampah tetapi kita juga.
Jika ternampak di tengah jalan maka kutiplah setakat yang mampu dan buang di tong sampah berhampiran.
Sekian. Selamat Bersahur.