Apabila ianya mendatangkan hasil

Salam,

Sudah lama rasanya tidak menulis sesuatu dan memandangkan hari ini,9 Ramadhan 1433 Hijrah tarikh yang sesuai untuk menulis sesuatu, maka saya pun ingin menyampaikan beberapa perkara.

Apabila seseorang itu mengutarakan sesuatu cadangan, seharusnya semua pihak memandangnya sebagai satu cadangan dan bukannya paksaan ataupun peraturan.

Tetapi yang berlaku sebaliknya di mana ada pihak yang marah dan sebagainya kerana tidak senang dengan cadangan tersebut.

Sedangkan tiada kesalahan pun dibuat oleh pencadang kerana ianya merupakan cadangan sahaja dan sebarang cadangan lain masih boleh diketengahkan dan dibincangkan.

Saya ada juga mengalaminya di mana ada sebahagian yang tidak menyenangi cadangan tersebut dan mula mengata dan mengumpat di belakang.

Bagi saya alhamdulillah kerana umpatan itu mendatangkan dosa kepada mereka dan pahala kepada saya kerana mengumpat.

Mereka tidak tegur direct secara public atau direct kepada saya.

Saya jenis yang mengalu-alukan sebarang bentuk teguran secara public dan direct.

Tetapi malangnya jika mereka berkata belakang itu sudah menjadi umpatan dan alhamdulillah ianya dibulan puasa maka mungkin mendatangkan pahala kepada saya

Bahkan ada yang dikatakan menyesal mengambil saya bekerja dan sebagainya sedangkan dia harus tahu, soal rezeki tiada kaitan dengan individu. Ianya hak Allah dan tiada siapa boleh melawannya.

Apabila EGO sudah tinggi, maka diungkitkan sebarang pemberian yang diberikan.

Patutlah anak2 atau generasi mereka pun menjadi tidak tentu arah kerana mereka sendiri bersikap demikian.

Biasalah, apabila generasi terdahulu berbicara dan tidak bersikap terbuka

Harus diingatkan, generasi akan datang akan sentiasa lebih power dan baik dari sebelumnya.

Yang akan memimpin bukan generasi terdahulu, tetapi generasi akan datang.

Yang terdahulu akan hilang dan digantikan yang baru.

Dan harus diingatkan juga setiap zaman lain pemerintahannya.

harus diadaptasikan agar tidak salah dalam memerintah generasi kemudian ini.

Saya kagum dan berbangga kerana paling tidak mesej saya sampai kepada mereka ini walaupun menimbulkan ketidakpuasan hati dalam diri mereka.

Itulah yang dikatakan tidak open dalam menerima sesuatu kritikan

Apabila dirasakan kepimpinannya ZERO SALAH maka ego akan naik

Saya sendiri tidak mengatakan saya akan betul 100% dalam kelas. Saya sendiri mengaku bahawa saya tidak sepandai dan sepower pelajar-pelajar di hadapan saya kerana mereka generasi yang akan lebih power dari saya. Maka saya akan buat silap hari ini dan pada masa hadapan.

Ego adalah suatu perkara yang akan tertanam dalam diri tahun demi tahun dan akan bertindak seperti barah dalam daging.

Oleh itu, rasa diri itu betul akan tertanam dalam diri dan tidak menerima sebarang pandangan akibat egonya tinggi.

Bagi saya, pemimpin dan rakyat perlu dua duanya ditegur.

Banyak input yang saya dapat bila saya bersuara seperti ini sebenarnya.

Apa yang saya dapat?

“Sikap sebenar pemimpin-pemimpin ini” yang terkeluar bila saya bersuara lantang di luar sana

Maka benarlah, kelemahan akan jelas keluar jika perasaan marah itu sampai.

Bagi saya, syukur alhamdulillah kerana dapat reveal sikap sebenar individu itu.

Sekian

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: