Indahnya berhari raya disamping keluarga dan sanak saudara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hari raya telahpun dirasai sejak 7 hari yang lepas

Pelbagai perkara dan ragam kita perhatikan dan yang penting saya juga merasa cukup seronok berhari raya di rumah keluarga dan sanak saudara

Cuma kali ini saya tidak pergi berhari raya di Kedah iaitu Kampung halaman saya dan dijangka pulang semasa hari raya haji

Anak

Seperti yang sedia maklum, zaman sekarang tidak banyak yang mempunyai anak yang banyak

Biasalah diera zaman moden ini, masing-masing ada komitmen kerja di mana suami dan isteri bekerja

Maka amat sukar juga untuk mempunyai anak lebih daripada yang kebiasaannya seperti zaman dahulu

Amat jarang jika kita perhatikan negara-negara moden mempunyai anak yang banyak

Sebenarnya,

Mempunyai banyak anak juga memerlukan anak tersebut dibesarkan dalam keadaan berkualiti

Bermaksud, apabila besar, hampir semua anak2 anda dapat berhimpun dan berhari raya disamping keluarga

Tidak berguna juga jika anak ramai tetapi semuanya tidak mendapat didikan sempurna dan terbiar sehingga apabila besar menjadi masalah kepada keluarga

Namun, saya bercakap dari segi nilai positif

Iaitu apabila kita mempunyai anak yang ramai, dan dibesarkan dalam keadaan baik serta kelak mempunyai suami dan isteri yang baik

Apabila tiba masa berkumpul, kita akan rasa “happening” dan bayangkan kita juga dapat melawat seluruh Malaysia jika anak2 kita bertebaran serata Malaysia ataupun dunia

Mungkin satu di Johor, satu di Perak, satu di Kedah, di Pahang, di Kuala Lumpur dan sebagainya

Maka secara tidak langsung dapat juga semasa itu kita sekiranya mempunyai tenaga untuk memandu melawat mereka ataupun mereka membawa kita ke rumah mereka untuk saja2 singgah dan duduk

Matlamat saya tidak mahu menganggu langsung perjalanan hidup mereka dan oleh sebab itulah, saya dari sekarang mengambil langkah yang tetap

Iaitu pada masa hadapan, apabila telah berkeluarga, maka disarankan mereka mencari sendiri rumah untuk diduduki dan merasai kepayahan dan keseronokan berumah tangga tanpa gangguan

Apa salahnya jika mereka belajar hidup memasak sendiri, dan sebagainya kerana hidup itu lebih manis

Sebab itulah, orang yang sebegini lebih kuat prinsip hidupnya dan lebih berjaya jika diikutkan

Lihat sahajala tokoh2 terkemuka di dunia yang asalnya miskin dan akhirnya berjaya

Sebab itu, mereka berjaya. Mereka dikeliling kesusahan yang menyebabkan minda mereka untuk keluar dari kepompong

Jika tidak percaya tidak mengapa.

Ibarat jika disuap bulat-bulat, pasti berlaku masalah nanti kerana tidak mampu berdikari dan sikit2 ibu bapa yang terpaksa selesaikan.

Pendapat

Apa-apa pun, ini sekadar pendapat saya, saya tidak menganggu hidup anda dan yang penting saya cuma berkata kepada sesiapa yang mahu dengar sahaja

Rintangan akan mengajar mereka erti kehidupan dan menghargai kehidupan

Samalah seperti semasa ayah masih hidup dan semasa ayah sudah meninggal dunia

Apa yang ibu dan bapa buat semasa mereka hidup kita asyik buat tak endah sahaja dan setelah mereka meninggal dunia, seribu sesalan muncul

Biasalah manusia.

Apabila benda di depan mata tidak dihargai dan ketika tiada baru menghargainya

Tak kisah betapa kaya atau miskin pun bapa anda, sekali sekala belanjalah mereka sekali sekala atau hulurkan wang kepada mereka

Mereka tidak akan meminta tetapi anda perlu bijak memberinya atau membalas budi mereka

Takkan sehingga umur dah 40 tahun pun nak ibubapa anda tanggung anda lagi?

Pastilah buat malu kaum sahaja

bahkan Mark Zuckerberg sendiri cari duit buat Facebook tetapi anda umur mencecah 30 pun minta duit mak bapak lagi?

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: