Assalammualaikum,
Pada pagi raya ke-lima ini, saya terbaca artikel mengenai kisah penerjun negara yang berjaya mengharungi perit getir keluarga susah untuk keluar dari kepompong kemiskinan kepada kejayaan kepada diri dan keluarga
Cari sahajalah kisahnya di surat khabar dan sebagainya dan bagaimana seorang yang tidak dikenali langsung dari sebuah kampung menjadi seorang yang berjaya pada kemudiannya
Perlu diingat juga, di tempat penerjun terbabit membesar juga tiada kemudahan yang baik tetapi dapat juga berjaya
Bagaimana dengan yang kehidupan sederhana dan kaya tetapi tidak dapat menjadi seperti itu?
Saya tertarik dengan kisah ini kerana apa yang penting bagi kita adalah
BERUSAHA KERAS DAN BERDOA UNTUK MENGUBAH NASIB DIRI
Walaupun kita mungkin menghadapi kesusahan, kita perlu mencari jalan untuk sentiasa berjaya di hari kemudian
Bukan sekadar merungut dan akhirnya menyerah kalah
Walaupun kemiskinan menghalang kita, tapi percayalah bahawa usaha dan doa itu penting untuk berjaya
Tiada yang kaya atau miskin yang tidak boleh berjaya
SEMUA boleh berjaya dengan syarat berusaha keras dan berdoa
Tetapi bagi orang yang malas berusaha kerana dihimpit kemiskinan dan kemalasan hidup dengan kaya, maka akibatnya diri menjadi lesu dan tidak bermaya
Jika orang kaya, mungkin sepatutnya lebih mudah tetapi yang kita tengok, semua yang berjaya dalam sukan hampir dari keluarga yang sederhana dan kebawah.
Bahkan, penerima SPM terbaik yang dahulu pun ada dari keluarga miskin dan berjaya
Bagaimana mereka boleh berusaha melawan orang yang berada tanpa apa-apa kemudahan dan keselesaan
Bagi saya,
orang yang berasal dari keluarga susah dan akhirnya berjaya amat berjaya berbanding yang telah dibesarkan dalam kekayaan.
Ini kerana mereka bermula tanpa ada apa-apa yang boleh membantu mereka dan setakat mempunyai yang mampu sahaja berbanding yang berada
Oleh itu,
saya percaya, semua orang mampu berjaya tidak mengira miskin atau kaya
Yang penting ingat dalam diri untuk berubah dan berjaya
InsyaAllah, Allah akan membuka jalan untuk kita.