Bagaimana Mahu Menjadi Diri Sendiri Yang Berjaya

Salam,

Saya menulis artikel ini tatkala jam menunjukkan jam 3.59 pagi dan rasa tenang menjelma dalam diri

Saya terfikir untuk menulis artikel yang lebih kepada motivasi diri sendiri untuk menjadi berjaya dalam kehidupan

Sebenarnya, saya sendiri tidak sangka apa yang berlaku sekarang ini kerana pada 5 tahun dan 10 tahun kebelakang ini, saya tidak menyangka saya menjadi seorang pendidik dan agak bersuara juga di universiti

Sebenarnya, untuk menjadi berjaya anda perlu bergerak “melawan peraturan” yang sedia ada dengan cara mencari “kelonggaran” yang ada.

Ini kerana peraturan yang manusia buat semuanya tidak sempurna berbanding peraturan yang Allah S.W.T. tetapkan dan sebenarnya anda mesti gagal dan mencuba halangan yang ada untuk menjadi berjaya

Bill Gates membuat sesuatu yang orang lain tidak buat dan akhirnya berjaya di kemudian hari

Itu contoh pada masa kini.

Tetapi contoh yang paling terhebat adalah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. bertungkus lumus berdakwah walaupun terdapat halangan dari pelbagai orang ketika itu yang akhirnya umat Islam bertambah atas usaha Nabi Muhammad S.A.W.

Itulah yang sebenarnya kita kena tanam dalam diri kita

Jangan sesekali menjadikan sesuatu itu sebagai halangan untuk kita berjaya

Walaupun mungkin gagal tetapi kita boleh teruskan mencubanya

Sebagai contoh, saya menyambung pengajian walaupun banyak tidak sangka saya menyambung pengajian secara separuh masa

Bahkan ada yang mengatakan mengapa tidak menyambungnya di luar yang dikatakan lebih bagus

Saya menjawab mudah sahaja

Saya masih boleh mengambil Pasca Doktoral selepas tamat PhD di luar jika mahu

Saya tidak rasa ada perbezaan dari segi ilmu di luar dan di dalam kerana semuanya dapat diakses melalui internet seperti kertas kerja, jurnal dan sebagainya

Apa yang berbeza mungkin pengalaman semasa menuntut ilmu itu sahaja

Hasilnya tetap sama iaitu mendapat PhD tetapi melalui jalan berbeza

Bagi saya, orang boleh menasihati dan mengutarakan pendapat tetapi jangan sesekali memaksa orang lain mengikut apa yang kita nasihatkan dan utarakan

Setiap manusia ada sebabnya tersendiri dan saya ada sebab tersendiri dan perancangan 30 tahun yang tersendiri.

Ya, saya ada perancangan sehingga 30 ke 50 tahun akan datang walaupun saya tidak pasti umur saya sehingga berapa

Perancangan jangka panjang bukanlah sekadar 5 tahun atau 10 tahun, tetapi perlu menjangkaui sehingga 30 ke 50 tahun akan datang

Untuk anak anda berjaya, doakan dari sekarang sehingga dia membesar kerana insyaAllah doa yang berterusan sepanjang masa akan didengar oleh Allah S.W.T.

Saya tidak kisah dengan apa jua kata orang kerana saya ada target tersendiri

Saya terasa bahagia dengan isteri dan anak saya serta keluarga dan keluarga mertua saya serta rakan2.

Saya mengambil pengajian secara separuh masa disamping memastikan kualiti saya sebagai pengajar/pensyarah sentiasa berada ditahap maksimum

Bagi saya, tidak guna mengajar tetapi tiada kefahaman dalam diri pelajar

Dalam usia mereka ini, kita peru seperti berkawan dengan mereka

Bukan dengan memusuhi mereka dengan menjadi terlalu tegas

Tarik perhatian mereka seperti perhatian oleh Ustaz Azhar Idrus yang mampu menarik lautan manusia membanjiri masjid tanpa perlu memaksa menggunakan pekeliling untuk hadir

Saya berasa kelakar juga dalam hati apa terpaksa menggunakan pekeliling untuk hadir sesuatu majlis itu

Sedangkan jika seseorang itu hebat, tidak perlu menggunakan pekeliling untuk memastikan orang hadir kerana keikhlasan dalam sesuatu majlis ilmu itu penting

Percayalah, jika memaksa orang lain menerima ilmu kita pasti ilmu itu tidak sampai pun ke hati mereka

Buatlah majlis itu percuma pun tetapi jika dalam hati penceramah itu tidak ikhlas, ilmu itu tidak sampai.

Untuk memastikan ilmu itu sampai, pelajar dan pengajar mesti sama-sama ikhlas

Mereka tidak dapat semata-mata pointer ataupun pengajar itu tidak semata-mata mengajar

Sebab itu saya akan mengajar apa yang boleh difahami pelajar kerana yang penting kefahaman terhadap ilmu itu penting.

Saya juga tidak kedekut markah kerana kadang-kadang ianya berpunca dari kita yang terlalu sibuk dan tidak peka terhadap kesalahan kita

maka banyak markah bonus saya buat secara berilmiah iaitu dengan mengadakan kuiz tergempar atau bonus kuiz

Jadi, sesiapa yang mengambil peluang tersebut, maka dapatlah markah bonus

Jika tak ambil pun takpa dan tak rugi apa-apa

Selain itu, sentiasa “maintain” hubungan antara pengajar dan pelajar di mana kita mesti sedaya upaya tarik perhatian pelajar

Bagi mereka faham dan bukan sekadar menghabiskan tajuk atau memberi pelbagai latihan

Itulah serba sedikit mengenai diri saya

Untuk menjadi berjaya, pastikan anda memilih laluan yang betul

Abaikan yang lain dan bergerak ke arah yang anda kehendaki

Jangan pedulikan kata-kata orang kerana orang yang berjaya tidak peduli sangat kata-kata orang yang menghalang

Sebaliknya jadikan ianya satu kekuatan untuk terus kukuh di laluan yang anda yakini akan lebih berjaya

Published by razorjr

Research and Academician

2 thoughts on “Bagaimana Mahu Menjadi Diri Sendiri Yang Berjaya

  1. Salam…

    Sebenarnya saya ini adalah seorang boleh dikatakan sudah hilang semangat dan keyakinan untuk teruskan kehidupan…saya sudah berkahwin dah sudah berumur 40 tahun, Sebenarnya dulu saya seorang yg bercita-cita tinggi tetapi nasib mungkin tidak mnyebelahi saya saya tiada kerja sudah hampir 3 tahun walaupun saya telah pergi a few interview sana sini plus setahun lebih saya berehat mengandung dan bersalin anak kelima. Saya pernah sambung master di UIA tapi halfway sbb financial constrain mase tu saye buat fulltime…tapi Alhamdulillah result saya ok walaupon hanya 2 sem dan melalui byk rintangan juga. Saya rase seperti hilang arah sekarang…rase rendah diri yg mendalam membuatkan saya rase sgt tertekan dan pasif…takut untuk berhadapan dgn dunia luar seolah-olah saya rase sgt bodoh & tidak berguna…Saya terfikir utk sambong master dan phd semula….Bagaimana nasihat dan pandangan tuan.

    1. Assalammualaikum,

      Tiada masalah untuk menyambung peringkat tertinggi semula. Apa yang saya cadangkan adalah:

      1. Menenangkan diri untuk menanam minat belajar. Sebagai contoh, dalam masa 6 bulan mendatang, cuba cari minat apakah bidang master yang sesuai dan yakin dapat buat.
      2. Kemudian, mulakan apply universiti terbabit dan untuk belajar secara separuh masa. Biar lambat asal minat belajar.
      3. belajar menguruskan masa dengan keluarga dan juga pembelajaran (mulakan sedikit demi sedikit).
      4. Saya rasakan, master mungkin masa 4 tahun secara separuh masa, 8 tahun pula PhD. Sementara itu anda akan mendapat elaun belajar melalui pelbagai skim sekarang ini seperti menjadi GRA atau Research Officer dsbnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: