SPM dan Ijazah serta PhD bukan penentu kejayaan hidup anda

Salam,

Banyak sekolah-sekolah berbangga dengan pencapaian peperiksaan dan tak kurang universiti juga berbangga dengan pencapaian pelajarnya

Namun, adakah kita semua fikir

cemerlang peperiksaan itu seseorang yang berjaya?

dapat CGPA tinggi dan ijazah kelas pertama itu seorang yang berjaya?

dan bagaimana pula dengan

seorang yang gagal SPM tetapi menjadi usahawan?

seorang yang tidak masuk universiti tetapi hebat bersukan?

Bagi saya, semua itu kejayaan masing-masing dan salah mengatakan:

“Saya seorang yang gagal”

Bagi saya, jika seseorang itu mendalami ilmu agama sekolah pondok dan kemudian berdakwah untuk mengIslamkan rakyat,

itu lebih berjaya rasanya kerana lebih menekankan ilmu akhirat dan dapat berbakti kepada masyarakat

Tetapi itu semua pendapat dan pandangan sahaja

Semua orang boleh lontarkan pendapat mereka sendiri

Apa yang saya cuba perkatakan adalah kita tidak boleh langsung mengatakan seseorang itu tidak berjaya atau seseorang yang gagal

Kerana apa?

Kerana rezeki setiap individu dan kejayaan adalah berlainan sama sekali

Allah S.W.T. yang berkuasa menentukan rezeki setiap individu

Bahkan lahir sahaja di dunia, rezeki kita telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Tetapi itu rahsia Allah S.W.T.

Anda tidak perlu gusar jika pointer anda rendah

Markah anda rendah

Sebab yang penting, anda harus tahu apa sebenarnya anda kehendaki dalam dunia ini untuk bekalan di akhirat

Tiba masanya untuk golongan seterusnya diberi peluang untuk terlibat dalam perkara yang mereka minat selagi mendatangkan manfaat dan seterusnya membawa nilai pahala untuk dunia akhirat

Jika dari kecil anak anda minat memasak, mungkin ada cara untuk dia berjaya menjadi chef terkemuka

Jika dari kecil lagi berminat dalam pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan, mungkin dia boleh menjadi penyelidik hutan yang terkemuka dengan memasuki bidang yang mengkaji alam dan tumbuh-tumbuhan

Tidak boleh dengan hanya mensasarkan sesuatu yang kita minat sahaja tetapi apa yang anak minat tidak di ambil tahu

Ianya sama seperti seorang Boss mengarahkan pekerjanya melakukan kerja lain sedangkan dia sudah ada kerja yang memerlukan kepakarannya

Saya risau trend seperti memasuki universiti adalah disebabkan ibubapa suruh atau masuk universiti ini dipandang tinggi masyarakat

Bagi saya, itu sudah tidak relevan untuk dunia masa hadapan

Sebabnya untuk negara yang berpendapatan tinggi, menjadi usahawan atau peniaga adalah amat dituntut

Bukankah berniaga itu lebih baik dan 9/10 pendapatan adalah dari perniagaan?

tiba masa untuk berfikir dan meneliti perancangan 50 tahun keluarga anda

Perancangan bukan 10 tahun, tetapi mesti melangkaui 30 ke 50 tahun.

Oktober 4, 2012 Khamis Jam 7.07 pagi

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: