Lihat disebaliknya

Assalammualaikum,

Kali ini saya mengajak pembaca-pembaca agar sentiasa melihat disebalik tabir

Pernahkan kita melihat sesuatu perkara itu sempurna?

Jika ianya sempurna kenapa perlu ada versi seterusnya dan sentiasa diperbaharui?

Sebagai contoh kita lihat sebuah kereta (apa jua jenis kereta).

Adakah itu versi terakhir untuk 100 tahun akan datang?

Sudah pasti tidak bukan?

Jadi, kita tidak boleh menjadi sempurna sebabnya hanya kejadian oleh Allah S.W.T. sahaja yang Maha Sempurna.

Robot pun tidak sempurna dan perlu dicaskan apabila kehabisan bateri.

Sama seperti peraturan yang direka manusia atau segala prosedur yang direka manusia.

Jika anda anak bos, sudah pasti diluluskan atau kebarangkalian untuk diluluskan sesuatu permohonan itu lebih tinggi berbanding orang yang tidak kenal.

Itulah dunia, jika anda hendak semuanya sempurna itu adalah sekadar pembohongan semata-mata

kerana lambat laun anda sendiri akan merasa tertekan dan akhirnya jadi seperti rakyat yang di mana banyak kes bunuh diri sendiri berlaku akibat terlalu tertekan dengan perfection

Jadi, sebagai manusia. Kita perlu kadangkala menimbang sesuatu perkara itu mengikut pertimbangan sewajarnya

Takkanlah pukul 4 pagi jalan kosong tetapi masih menunggu traffic light hingga menjadi hijau selama 3 minit? Sedangkan selama anda menunggu 3 minit tersebut, semut pun tidak lalu melintasi traffic light tersebut.

Bahkan jika ditangkap AES pun anda boleh defend di mahkamah kelak. Dan itulah sistem kelemahan AES. Menangkap pesalah yang "tidak bersalah" ketika waktu "tidak perlu kesalahan"

Macam pelajar-pelajar saya lewat masuk kelas dan sebagainya.

Saya sendiri tidak kisah sangat asalkan mereka tahu apa mereka buat.

Jika mereka tidak perform maka sudah pastilah keputusan peperiksaan juga rendah

Peraturan yang direka manusia hanya tahu menghukum tetapi tidak tahu mendidik.

Sebab itulah dikatakan manusia buat peraturan tak sama dengan Allah buat peraturan.

Manusia buat peraturan mengikut pemikiran terhad sahaja

Buat salah sedikit kena denda dan dikenakan tindakan tatatertib.

Sedangkan ianya merupakan satu rantaian kesalahan yang berlaku mungkin disebabkan organisasi itu sendiri.

Peraturan direka manusia hanya menghukum individu tetapi tidak masyarakat.

Sedangkan peraturan Allah S.W.T. adalah bersifat keseluruhannya.

Berbalik soal tadi

Jadi, kita perlu terima jika ada perkara kecil yang boleh dipertimbangkan sebab kita manusia

Tidak perlu menjadi seperti robot yang akan kehabisan bateri.

Bos bila dah tamat tempoh dan pencen digantikan pula dengan bos lain dan berubah lagi peraturan dan motivasi organisasi.

Kejap Bahasa Melayu Kejap Bahasa Inggeris

Sampai bila pun kita tidak pasti

Sistem Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah itu tidak perlulah dibanggakan sangat

Sekeping kertas sahaja ciptaan Barat untuk kita berlagak ada Bachelor, Master dan PhD

Janganlah terlalu berlagak dengan Pakcik Pencuci bila ada Master, PhD.

Ilmu yang anda pelajari tidak sama dengan ilmu yang pakcik pencuci tu belajar

Pakcik tu ada ilmu mencuci kawasan persekitaran selama 20 tahun tetapi anda hendak cuci tandas pun tak reti sebab tak suka kotor dan kalau cuci pun guna air bertong-tong. Maka anda lagi bengap dari pakcik tadi walaupun anda berpangkat Tan Sri atau ada Dr.

Sama juga seperti Pangkat.

yang bagi Pangkat tu manusia aje brother

Sebab itu Allah tak tengok pangkat tetapi tengok ilmu yang bermanafaat

Mana lagi bagus, ilmu yang sampai ke sesetengah orang sahaja atau yang sampai ke semua orang.

Oleh itu, hormatlah setiap orang itu. Lagi tua lagi perlu dihormati tetapi yang tua pula perlu menyayangi yang muda sebab mereka pengganti generasi masa depan.

Sekian

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: