Yang Silam

Assalammualaikum,

Benar, untuk kita menceritakan sesuatu, kita akan berpandukan kenangan yang silam.

Seperti, menceritakan kepada pelajar yang kita dahulu juga berusaha sedaya upaya semasa di universiti dan sebagainya.

Bertujuan untuk memberi mereka harapan agar berusaha ke arah yang lebih baik dari kita.

Tetapi adakah ianya 100% memberi efek yang positif kepada kita semua?

Pada hemat saya, apabila menceritakan sesuatu itu, kita mestilah membawa impak yang positif.

Sebagai contoh, dahulu kita berusaha sedikit semasa di universiti dan selepas kita insaf dan kembali ke arah dan jalan yang betul, maka kita sekarang menjadi lebih baik. Jadi, pelajar-pelajar akan nampak akan hasilnya itu.

Tetapi, hasil yang baik itu mestilah benar-benar baik dan tidak dicemari oleh unsur negatif.

Seperti dahulu kita berusaha sedaya upaya dan insaf sehingga menjadi pandai.

Tetapi kita menjadi seorang yang membazir dan bermewah-mewah.

Sedangkan dahulu kita berjimat cermat semasa di universiti

Bila dah kerja, kita pun mula membazir dan dengan tujuan “dulu aku susah maka sekarang aku nak beli benda yang aku nak”

Ya, tidak salah, tetapi kita tidak boleh terlalu menampakkan sangat apa yang negatif itu dengan keterlaluan

Ini pendapat saya yang saya rasakan perlu dilihat secara teliti dan bersama-sama berfikir

Berfikir bukannya sekadar hanya menjawab persoalan.

Sebagai contoh

Ahmad ada tiga keping duit kertas dan 2 keping syiling RM0.50 (Jumlahnya RM1.00).

Kebetulan dalam perjalanan Ahmad dahaga tetapi Ahmad perlu melalui stesen LRT dan membeli tiket sebanyak RM2.00 terlebih dahulu.

Ahmad kemudian berfikir jika dia menggunakan RM2.00 wang kertas sepenuhnya maka lebih bagus.

Tetapi Ahmad berfikir panjang lagi bahawa mesin minuman di tempat dia akan tiba HANYA MENERIMA WANG KERTAS

Jadi, Ahmad membeli tiket menggunakan RM2.00 (RM1 kertas dan 2 keping syiling RM0.50 = RM2.00).

Maka Ahmad dapat ke destinasi pilihannya dan minum air tin sebaik tiba dikawasan tersebut.

Itu namanya berfikir panjang.

Bayangkan jika berfikir sekadar guna sahaja tanpa fikir lebih kehadapan.

Berbalik ke soal asal

Sebab itu dalam kehidupan kita, kita perlu pastikan jika kita ingin memberi contoh kepada orang lain.

Fikir dahulu samada ianya bagus disampaikan atau tidak.

Kita tidak mahu orang lain melihat hasil positif disulami hasil yang negatif yang baru terhasil.

Dahulu seorang yang tiada kereta, kepada seorang yang ada kereta tetapi perangai ketika bawak kereta pula teruk. Sentiasa masuk simpang tanpa signal, memotong secara berbahaya dan sebagainya.

Jadi, tiada apa yang positif disitu.

Sama seperti kita membesarkan anak. Kita perlu pastikan anak kita dibesarkan dalam keadaan positif tanpa disulami perkara negatif yang kita tunjukkan.

Kita tidak boleh bagi apa yang mereka hendak kerana itu akan menyebabkan mereka tidak tahu apa erti kehidupan ini.

Percayalah, ada kesan buruk sekiranya asyik patuh sahaja kehendak anak.

Bagi mereka menangis sebab tidak dapat sesuatu itu.

Bagi mereka faham tidak semua mereka boleh dapat di dunia ini.

Untuk mendapatkan sesuatu kita mesti mencarinya dengan jalan yang diredhai Allah S.W.T.

In Shaa Allah kehidupan akan lebih bermakna.

Jumaat 6.30 pagi 28 Disember 2012.

DSC_0093 DSC_0094 DSC_0095 DSC_0290 DSC_0365

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: