Salam,
Kadang-kadang kita merasakan ingin sahaja berhenti dari memandu di jalan raya dan menggajikan pemandu peribadi untuk bergerak ke mana-mana.
Sebabnya satu sahaja iaitu di Malaysia secara amnya kebanyakkan pemandu tidaklah seperti yang kita harapkan seperti dalam buku disiplin memandu oleh JPJ.
Masuk tanpa signal, memotong secara berbahaya dan sebagainya merupakan sebahagian dari rutin rakyat Malaysia.
Saya sendiri pun terasa geram apabila memandu di jalan raya dan akibatnya kita sendiri jika terikut-ikut akan menyebabkan kita juga ingin buat seperti yang orang lain buat.
Kadang-kadang saya melihat juga ada kereta-kereta besar atau kecil yang tanpa rasa bersalah membuang sampah dari kereta yang sedang bergerak.
Jadi, sebenarnya kita berhadapan dengan krisis peribadi yang menyebabkan anak-anak pun atau generasi akan datang turut ikut.
Percayalah, walaupun kita buat yang betul dan tunjuk yang betul pada anak-anak serta jiran-jiran juga berbuat demikian. Tetapi jika terdedah pada dunia luar, kelak anak tersebut akan mengikut juga kecuali saban hari kita nasihat dan memberi teguran kepada generasi-generasi ini.
Bagi saya, ianya mungkin boleh diubah sekiranya kita mendidik melalui sistem pendidikan mengenai moral dalam diri generasi-generasi baru ini.
Mereka ini akan menjadi pemimpin kelak dan mereka perlu bergerak ke arah disiplin yang positif.
Saya mengharapkan sistem pemanduan di Malaysia juga akan berubah ke arah kebaikan
Bukan apa, cuma memandu di jalan raya ini dah macam tempat mencari gaduh.
Masuk sahaja kereta maka bermulalah episod mencari gaduh apabila ada serba tak kena.
Kita sendiri tidak boleh sentiasa memberi laluan sahaja kerana jika rapat ke kiri sangat nanti kenderaan motosikal dan sebagainya hendak lalu juga.
Jadi, bawaklah bagaimana pun asalkan selamat.
Memang kita susah nak ubah dah mentaliti pemandu kita.
Cuma kita sendiri yang boleh ubah diri kita. Bermula dengan diri kita dan kemudiannya kepada orang lain pula.