Assalammualaikum,

Saya tak rasa semasa di alam akhirat nanti kita akan dipanggil dengan gelaran Tan Sri, Datuk, Ir, atau Dr.

Saya tak rasa jumlah pahala di dunia ini dibahagikan mengikut umur. Contohnya yang tua banyak pahala dari yang muda ataupun yang muda banyak pahala dari yang tua

Saya tak rasa juga di akhirat kita dipanggil mengikut bangsa, warna kulit dan sebagainya nanti

Saya juga tak merasakan yang banyak atau sedikit harta kita membezakan sesama manusia di akhirat nanti.

Apa yang Allah lihat sebenarnya? Tanya diri kita sendiri kot

Kerana apa yang dilihat sebenarnya adalah amalan kita kepada-Nya

Ianya tidak membezakan status sesama kita tetapi sejauh mana amalan itu berkesan kepada-Nya, itulah yang diperlukan untuk alam akhirat

Bagi saya, jika isnin sehingga jumaat kita terlalu sibuk dengan urusan dunia pada siang hari, maka bahagikan masa yang adil juga kepada Allah S.W.T. kerana banyak memberi nikmat kepada kita.

Nikmat ini terlalu banyak.

Saya juga kaitkan dengan penyelidikan saya. Sebagai contoh pengesanan pelanggaran atau collision detection

Dalam alam computer graphics, satu sistem pengesanan pelanggaran perlu dibuat agar jika objek-objek ini berlanggar antara satu sama lain, maka ianya akan ada respon yang bersesuaian.

Collision Detection ini sendiri terbahagi kepada tiga bahagian utama.

Iaitu yang pertama sekali menentukan objek yang bakal berlanggar, kedua memastikan titik pelanggaran (ini yang paling kritikal), dan yang ketiga adalah respon terhadap perlanggaran itu.

Dalam animasi senanglah cerita kerana mereka sekadar perlu mereka bentuk objek kemudian terus apply sahaja teknik ini terhadap bahagian-bahagian tertentu pada objek tersebut. Tetapi yang sebenarnya setting atau sistem itu dibuat melalui kepelbagaian teknik dan algoritma untuk memastikan setiap objek berlanggar itu benar-benar memberi efek dan respon yang sebaiknya.

Untuk apa saya bangkitkan bidang penyelidikan utama saya ini adalah di dunia nyata, untuk meletak cawan atas meja pun sebenarnya memerlukan self collision di mana cawan tidak boleh menembusi meja.

Dalam dunia pengaturcaraan 3D, untuk memastikan cawan yang direka bentuk 3D tidak menembusi meja yang juga direka dalam bentuk 3D, satu sistem yang mampu memastikan cawan tersebut kekal di atas meja adalah mengira arah pergerakan cawan, jumlah permukaan yang terlibat dalam memastikan cawan tersebut berlanggar dengan permukaan meja, tarikan graviti dan juga sifat cawan serta meja tersebut.

Itu baru sekadar cawan dan cawan dalam dunia 3D pun tidak benar-benar hebat seperti cawan di dunia nyata. Cawan dunia 3D jika di zoom in sehingga 1000 kali, akan kelihatan segitiga-segitiga atau titik-titik yang membentuk cawan tersebut.

Samalah seperti reka bentuk manusia dalam bentuk 3D. Tidak akan realistik sampai bila-bila pun kerana apa yang boleh dibuat adalah approximation sahaja. Bila ada floating point, inilah yang berlaku kerana kita akan bundarkan floating point tersebut dan terjadilah perkara ini. Makin banyak pengiraan melibatkan floating point, maka makin kurang realistik sesuatu objek tersebut.

Berbalik kepada soal kehidupan ini, maka kita tahu bahawa sistem yang Allah sediakan ini sangat-sangat membantu kita.

Bayangkan kita dapat duduk tanpa menembusi lantai disebabkan sifat pepejal itu dan sebagainya.

Oleh itu, bersyukurlah kita semua kerana nikmat-nikmat ini dan tidak perlu berbangga dengan apa yang kita dapat dari manusia. Pangkat, harta dan sebagainya adalah yang kita dapat dari manusia. Itu pun sebenarnya dari Allah juga dengan tujuan agar kita tidak melupakan Allah S.W.T. selaku pemberi rezeki utama yang disampaikan melalui manusia.

Maka jangan risau dengan perkara yang melibatkan rezeki kerana itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T. lagi, tunggu dan usaha setakat yang mampu untuk mendapat rezeki yang telah ditentukan itu.

7.18 pagi, 16 Disember 2012, Ahad, Kuala Lumpur.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s