Salam semua,
Satu pemerhatian yang perlu diambil kira dalam kehidupan kita pada masa akan datang
Contoh kehidupan
Ahmad (Bukan Nama Sebenar): Kau suka makan apa Kamal?
Kamal (Bukan Nama Sebenar): Aku pun taktahu apa jenis makanan yang aku suka?
Ahmad: Mesti ada apa yang kau suka makan dan kurang menyukainya. Sebagai contoh, masa kau dalam kelas dahulu, kau suka kedudukan nombor 1 atau nombor 45 (nombor terakhir dalam kelas).
Kamal: Mestilah nombor 1, walaupun tak dapat, tapi aku berusaha juga nak dapatkan nombor 1 itu. Tapi aku dapat nombor 4, lepas itu nombo2 yang lain disebabkan persaingan yang sengit dalam kelas.
Ahmad: Ya, itu menunjukkan kau juga suka mendapat kedudukan yang baik dalam kelas. Sama seperti makanan, ianya satu perkara yang kau juga harus tahu apa yang kau suka makan dan kurang suka. Jika tiada, bermaksud kau masih tercari-cari apa yang kau sebenarnya suka makan
Kamal: Ye tak ye jugak, aku pun rasa sebegitu, tetapi aku selalu makan nasi putih dengan ikan siakap tiga rasa. Tetapi disebabkan ianya mahal, maka tidaklah selalu aku makan.
Ahmad: Benar, boleh jadi itu yang aku suka makan. Jadi aku ingin bertanya kepada kau Kamal, apa akan terjadi jika kita tidak tahu apa yang anak kita mahu jadi pada masa hadapan dan memilih jalan yang lain untuk dia sedangkan dia tidak suka atau suka?
Kamal: Akibatnya, mungkin dia akan berjaya jadi apa yang dipilih ibubapanya tetapi potensinya tidak besar?
Ahmad: Ya, tepat sekali. Sebagai contoh, kita mahu anak kita menjadi seorang Doktor. In shaa Allah, dia akan menjadi Doktor tetapi mungkin tidak menyerlah potensinya. Cukup sekadar KPI kita sendiri. Tetapi sebenarnya Doktor adalah KPI masyarakat. Potensinya tidak boleh sekadar seorang Doktor biasa, tetapi mestilah menjadi Doktor terkemuka dunia.
Tetapi sebagai contoh jika anak kita itu di “halakan” ke arah yang diminatinya, sudah pasti masa hadapannya akan menjadi terlebih cerah di mana bukan sekadar berjaya, tetapi mampu membawa dunia ke arah yang lebih gemilang. Mampu mengoncang dunia ini dengan hebatnya. Sebagai contoh menjadi usahawan, jika itu yang diminatinya, percayalah, peratusan yang berjaya dalam bidang diceburinya adalah amat tinggi berbanding individu yang menceburi sesuatu itu dengan disebabkan melihat orang lain dan sebagainya
Kamal: Ya, aku ada perasan yang ada yang menjadi usahawan tetapi tidak berjaya. Bagaimana itu?
Ahmad: Semuanya bergantung kepada usaha dan doa kepada Allah S.W.T. Kita tidak boleh sekadar minat sahaja, tetapi harus ada kesungguhan kepada Allah S.W.T. juga. Niat dalam hati menjadi usahawan bukan sebab hendak duit semata-mata, tetapi mesti seikhlas mungkin dan penuh tawadhuk terhadap apa yang diminatinya. Sebagai contoh, kita menjadi Pensyarah disebabkan kita mahu membela anak bangsa dan seterusnya mendidik mereka agar tahu apa cita-cita mereka dan seterusnya menjadikan mereka berjaya.
Oleh itu, aku amat yakin sekali, jika mahu sesuatu itu berjaya dengan gemilangnya, maka seharusnya berpegang kepada apa yang diminati dan paling cekap. Ibubapa kena kenal pasti dari kecil apa yang diminatinya. Baru kita boleh bergerak ke arah negara maju.
Kamal: Ya, aku juga bersetuju dengan kaedah tersebut. Zaman dahulu cikgu, doktor dan tentera/polis merupakan cita-cita yang dimasukkan dalam buku teks sekolah.
Ahmad: Benar, sekarang, cita-cita bukan itu lagi, boleh jadi usahawan, penyelidik, pengkaji sejarah, dan sebagainya. Buka minat anak2 agar lebih luas. Bukan sekadar jurutera atau Doktor sahaja.
Disember 9, 2012 Jam 8.11 pagi Ahad – Kuala Lumpur