Alhamdulillah,

Disember datang lagi pada tahun ini dan saya tahu dah lama jugak tak menulis sesuatu di blog ini.

Biasalah, terlalu banyak tugas sampingan berbanding tugas hakiki yang hendak dijalankan termasuklah dalam proses menyiapkan projek penyelidikan saya yang saya amat doakan dan usahakan agar 2013 ini adalah penghantaran report akhir, diikuti pembentangan sekitar akhir 2013 atau awal 2014 dan seterusnya berjaya di Sabah.

Baiklah, banyak juga perkara telah berlalu sejak menulis di blog pada 25 November yang lepas

Antaranya dalam proses mencari rumah di Selangor

Sepanjang mencari rumah, memang diakui dalam tempoh lima tahun lagi, mungkin harga rumah yang teres dua tingkat dalam radius 1 jam dari KL atau 30 ke 50 km ke tempat kerja akan menjadi RM400,000.00.

Ini kerana ada juga yang duduk jauh tetapi tempat kerja adalah di Kuala Lumpur.

Sudah menjadi lumrah apabila kita mahu duduk dekat dengan pusat bandaraya yang besar seperti Kuala Lumpur.

Bahkan di WIlayah Iskandar Johor juga berlaku pembangunan dengan pesat dan hartanah akan semakin hari semakin naik.

Sebenarnya ianya akan menjadi trend tidak lama lagi apartment pun sudah akan direbut oleh orang ramai kerana kekurangan tanah untuk dibangunkan kecuali di negeri2 yang kurang kepadatan penduduknya.

Lazimnya seperti di Perak, kawasan2 pendalaman di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sebahagian di Kedah serta Perlis.

Oleh itu, jika mahu juga rumah atas tanah, anggaplah beli satu rumah di salah sebuah negeri tersebut dan duduk semasa hendak bersara kelak atau pindah sahaja dari kawasan luar padat seperti Penang, KL dan bandar Johor tersebut.

Memanglah tanah Allah bagi free kepada kita tetapi harus ingat jika orang buat rumah kat tempat jalan raya bagaimana? Ianya untuk memberi kita akses supaya kita taklah bersusah payah untuk meredah rumah2 seperti 100 ke 200 tahun yang lalu.

Sebab sekarang ada pengangkutan seperti kereta dan sebagainya maka tanah dibahagi2kan mengikut jenis.

Bagi saya, saya tidaklah mahu menjurus ke bidang hartanah tetapi untuk generasi masa hadapan ada mereka ada sesuatu untuk digunakan kerana kelak menurut sebuah kajian, kena bergaji Rm12,000.00 sebulan untuk tinggal di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur.

Oleh itu, jika ada duit, belilah rumah sehingga tua kerana kelak akan membantu anak-anak anda juga. Walaupun paten rumah mungkin dah ketinggalan zaman tetapi sentiasa boleh diubahsuai.

Mereka kita boleh didik dengan membeli rumah tersebut atau hartanah tersebut dari kita dan kemudian menjadi hakmilik mereka.

Ikutlah apa yang sesuai bagi anda, pendapat saya anak pun perlu ditanam sifat berdikari dan bukannya terus diberi secara bulat2.

Untuk mendapatkan sesuatu perlukan usaha dan pertanyaan. Anda tidak perlu menawarkan diri membantu anak-anak anda sebaliknya anak anda perlu bersedia memahami keadaan dan biarkan mereka bertanyakan kepada kita dan meminta pertolongan dari kita.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s