Kesukaran

Salam,

Kesukaran seseorang itu berlainan antara satu sama lain.

Walaupun sama jawatannya

Sama gajinya

Sama bilangan ahli keluarganya

Tetapi gaya hidup pasti berbeza

Jadi, jika anda terlibat dalam membuat soalan contohnya

Walaupun ianya soalan design, tetapi sekiranya apa yang direka itu mudah dan sudah ada dalam buku, maka sudah pastilah ianya menjadi mudah

Itu baru soalan berkaitan dalam buku.

bagaimana setiap orang itu membuat soalan bertaraf tinggi seperti design and analysis adalah berbeza

Setiap tahun pasti ada soalan baru dan sebenarnya soalan itu pun berbeza-beza setiap batch pelajar

Maka, kita tidak boleh langsung mengatakan batch ini lebih baik dari sebelumnya atau sebaliknya.

kerana jawapannya terlalu abstrak dan subjektif

Jika mahu adil, soalan yang sama perlu dikemukakan dan setiap pengajaran dalam kelas perlu dikekalkan pengajarnya.

Tetapi apa yang boleh dibuat kita boleh mereka soalan baru dan membuat hampir sama dengan sebelumnya tetapi itupun lain

Tahun 2012 mungkin examnya design sistem e-library menggunakan C++

tetapi 2013 pula design sistem ticketing pula

Dua sistem yang berbeza dan sebenarnya membuat perbandingan tidak boleh antara batch.

Oleh itu, apa yang di dunia ini kita boleh buat adalah dari segi kuantiti

markah paling tinggi paling hebat

pointer paling tinggi paling hebat

Sedangkan ada programmer yang langsung tidak tamat pengajian universiti tetapi berjaya menubuhkan syarikat bertaraf dunia seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg.

Oleh itu pelajar-pelajar atau sesiapa sahaja yang sedang belajar di luar sana

Tidak perlu risau dengan pointer anda.

Yang penting anda ada “kualiti”.

Universiti hanya menilai ke tahap kuantiti sahaja

Kualiti tidak boleh dinilai ke tahap 100%.

Anda hendak mengatakan masuk competition bermaksud kualiti penyelidikan anda bagus?

Tidak juga,

Salah mengatakan begitu. Fikir dalam2 dan anda akan faham apa maksud saya

Kualiti hanya ditentukan oleh individu itu sahaja dan hanya dia seorang sahaja serta orang yang tahu dia buat apa sahaja akan tahu tahap dan kualiti sesuatu penyelidikan dan pengajaran itu.

Sama seperti naik pangkat bagi pensyarah

Asalkan ada kuantiti sudah cukup.

Yang lain terserah kepada budi bicara yang membuat temuduga

Jika robot yang temuduga, pasti berjaya kerana ianya mengikut Kuantiti

Tetapi jika manusia ada cerita lain pula

Jika berdendam pasti susah nak naik pangkat

Itulah manusia

Kuantiti dan perasaan hasad dengki adalah perkara yang sinonim dengan manusia

Bermaksud

Dunia ini memerlukan kuantiti dan ada kepentingan.

Maka sudah pasti anda boleh survive dalam dunia ini.

Jika ada kualiti, jalannya pasti amat sukar.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: