Conference

Salam,

Tujuan asal sesuatu persidangan adalah satu perhimpunan pakar-pakar atau sekolompok penyelidik yang membuat research bersama-sama untuk membentangkan hasil kajian mereka dan memohon feedback dari penyelidik-penyelidik lain.

Disesetengah tempat, saya merasakan perkara ini masih terpelihara tetapi jumlahnya amat sedikit jika dibandingkan conference yang dibuat dengan tujuan duit.

Ya, dengan tujuan duit. Tanyalah organizer, apa tujuan mereka utama dengan mengenakan yuran yang tidak munasabah.

Cuba Lihat perbandingan berikut

Sebuah Conference di US – USD650 ke USD350
Sebuah Conference di Malaysia – USD 550 ke USD450

Dan cuba anda bandingkan pula geran yang diberi kepada penyelidik antara dua negara ini?

Adalah tidak realistik sama sekali dengan menyamakan yuran untuk negara membangun dengan negara maju.

Dengan duit geran yang tidak realistik juga untuk penyelidik di dalam negara ini.

Seolah-olah conference di Malaysia ini satu lubuk buat duit dan akhirnya yang memasuki database adalah sebuah fail PDF yang sebenarnya tidak berkualiti pun sebab reviewer hanya bagi markah berpandukan EDAS atau sebarang perkakasan online lain untuk menilai artikel.

Janganlah menipu saya juga kerana saya tahu hanya berapa kerat sahaja yang duduk dalam parallel session tersebut yang sama bidang dan bertanya kepada pembentang.

sekiranya perkara ini tidak dikawal. kualiti akan terjejas dan akhirnya kuantiti jugak yang menang2.

Lihatlah IEEE Xplore.

Betapa banyak artikel bertaraf “very low quality” (ini bidang saya yang saya cari) dan saya akui sendiri artikel yang saya sekadar hantar main-main pun boleh accept.hahaha.

Inilah akibatnya jika semua dikuantitikan.

pelajar pun kononnya dinilai dari pelbagai aspek seperti pelbagai sistem dan implementasi tetapi anda harus ingat,

ANDA SEHINGGA KIAMAT PUN tidak boleh menilai tahap subjektif seseorang itu dari segi kepandaian dan sebagainya.

Saya kata Proton Persona itu sempurna bagi saya dan saya bagi markah 100

Ahmad pula kata kereta BMW itu sempurna dan layak diberi markah 100.

Bergaduhlah sampai kesubuh pun tapi yang jelas, kedua-duanya betul dan tiada yang salah

Sama juga dengan tahap kepandaian pelajar.

Anda menilai otak seseorang yang terlalu subjektif.

Maka kita harus belajar menerima kualiti dan cari jalan untuk sehampir mungkin untuk menilai kualiti.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: