Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, walaupun sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Namun dapat juga menulis sesuatu yang berguna untuk tatapan umum.
Dalam masa beberapa bulan kebelakang ini, saya sendiri sibuk menyiapkan laporan penyelidikan saya untuk diberikan kepada supervisor penyelidikan saya untuk diperiksa sepanjang bulan Pertengahan April ini hingga Awal June nanti. Ada masa 1 bulan setengah ke atas menghampiri dua bulan untuk supervisor saya semak sebelum dihantar kepada penilai.
Saya rasa tahap penguasaan bahasa inggeris saya juga sudah ditingkatkan cuma maklumlah pasti ada juga cacat celanya kerana saya bukan guru TESL atau terlalu hebat dalam bahasa inggeris.
Bulan-bulan mendatang ini saya akan penuhkan dengan penyelidikan sehinggalah bulan sembilan (awal bulan) nanti. Maknanya, bulan April, Mei, June, Julai, dan Ogos akan dipenuhi aktiviti kekeluargaan dan juga penyelidikan sahaja disamping aktiviti-aktiviti perundingan melibatkan IEEE Malaysia Computer Society Chapter dan juga IEEE Malaysia AP/MTT/EMC Chapter.
Saya beranggapan perlunya untuk aktif dalam aktiviti luar melibatkan konsultansi dengan pelbagai pihak. Walaupun tahun 2014 tidak tahu apa plan seterusnya tetapi saya berazam untuk terus membantu tanpa jemu walaupun mungkin tidak dilantik lagi sebagai AJK untuk sebarang aktiviti konsultansi pihak luar.
Tahun 2013 dan 2014 adalah satu target untuk saya mendapatkan sijil tahap tertinggi dalam pelajaran universiti dan insyaAllah tahun 2013 adalah tarikh pembentangan dan tahun 2014 adalah tarikh senat penganugerahan.
Soal rumah ramai bertanya kepada saya mengapa tidak beli lagi dan rugi jika tidak beli rumah lagi. Saya sudah bagitahu, saya fahami apa yang dinasihatkan dan tidak perlu dirisaukan saya kerana saya akan membelinya. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang memberitahu perkara ini. Semua orang ingin membuat pilihan keduniaan dia sendiri bukan? kecuali bab akhirat sudah pastilah perubahan itu wajib dan mengikut ajaran Islam. Tapi soal dunia tidak perlu bertegas sangat.
Baiklah, selamat menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh keriangan dan penyelidikan. Saya ada banyak masa juga iaitu lima bulan untuk buat pelbagai perkara berkaitan penyelidikan dan pelbagai lagi aktiviti kekeluargaan dan luar.