Assalammualaikum,
Pada hari khamis malam 18 April 2013, saya telah terkena simptom Vertigo (pada ketika itu saya tidak tahu lagi), di mana saya mendapati pandangan saya seperti seakan-akan berpusing. Ianya berlaku secara mengejut ketika saya tiada langsung rasa seperti tekanan darah rendah dan sebagainya. Ianya juga tiada kaitan dengan masalah gula kerana saya sendiri banyak juga minum minuman manis pada skala yang dibenarkan.
Saya pernah alami seperti ini dahulu tetapi tidak selama ini. Bayangkan saya terus terbaring dan tidur untuk melegakan kepeningan berpusing ini.
Keesokan harinya saya ke klinik dan mendapati ini merupaka penyakit Vertigo yang menyerang saraf keseimbangan saya.
Cara untuk kenal pasti begitu mudah. Berdiri sebelah kaki dengan sebelah kaki yang lain terangkat kemudian pejam mata. Dapat tak anda imbangkan badan anda dengan stabil selama 10 saat ke atas? Dan pastikan juga anda tahu imbangkan badan dalam keadaan mata terbuka sebelum mencuba ujian yang saya terangkan. Jika sebelum ini anda dapat imbangkan badan menggunakan sebelah kaki, maka cuba pula dengan mata terpejam.
Dan jika tidak dapat imbangkan badan bermakna ada berlaku sesuatu pada saraf keseimbangan badan anda dan pergi berjumpa Doktor untuk maklumat lanjut dan rawatan.
Tetapi khas untuk yang ada mengalami simptom vertigo sahaja iaitu rasa berpusing-pusing pandangan.