Assalammualaikum,
Buat pertama kali saya merasa pengalaman hadir ke kuliah agama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Rakyat, Bukit Katil berdekatan dengan Dewan Tun Ali Bukit Katil.
Saya hadir bersama-sama rakan selepas solat mahgrib dan dalam jam 8.10 malam saya tiba di persimpangan lampu isyarat yang berdekatan dengan kawasan tersebut.
Kemudiannya saya parking di satu tempat lapang yang sudah dipenuhi kereta-kereta dan berjalan kaki ke kawasan tersebut.
Jumlah penonton mungkin sekitar 4000 ke 5000 orang mengikut kiraan sebanyak 50 orang satu row dan kemudiaanya di kalinya dengan 100 orang lagi. maka dapatlah 5000 orang.
Ceramahnya berkisar pengurusan jenazah.
Antara intipati
- Pentingnya tahu ilmu menguruskan jenazah
- Setiap anak itu perlu ditunjukkan cara menguruskan jenazah, atau bawa ke majlis-majlis ilmu mendengar ilmu berkaitan pengurusan jenazah
- Sebenarnya kafan kain putih itu sunat dan bukannya wajib.
- Kita perlu ingat setinggi mana pun pangkat dan cara hidup kita, air paip yang digunakan untuk makan, mandi, dan lain-lain itulah yang memandikan kita semasa kita mati kelak
- Sentiasa mencari ilmu sehingga mati
pelbagai lagi point2 menarik dan boleh ditonton di youtube.
Kami kemudiannya bergerak pulang jam 9.45 malam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.