Kelab dan Persatuan serta Masa Hadapan

Assalammualaikum,

Asal usul sebuah kelab atau persatuan adalah terdiri daripada sekumpulan rakyat atau mungkin kakitangan setempat kerja yang mahu ditubuhkan satu entiti yang mewakili mereka.

Pada peringkat awalnya, kelab ini mungkin mempunyai pengaruh yang kecil tetapi berjiwa besar dan mengharungi pelbagai rintangan untuk mendapatkan perhatian umum.

Kita cuba lihat sebuah senario kelab di sebuah jabatan dalam organisasi.

Pada peringkat awalnya, mungkin kelab itu dinaungi oleh individu-individu yang memang ingin menubuhkan sebuah kelab untuk kepentingan jabatan tersebut.

Namun, terdapat segelintir atau sebahagian yang tidak mahu aktif atau terlibat dalam kelab tersebut.

Pendek kata, jika dipaksa sekalipun, mereka ini tidak mahu masuk atau terlibat.

Tahun akan bersilih ganti dan akhirnya, kepimpinan bertukar tangan dan menyaksikan samada kelab itu hanyut, tenggelam atau timbul.

Jika kelab tersebut sememangnya sebuah kelab yang kaya, rasanya semua orang mahu menganggotainya dan jika kelab itu miskin semuanya pasti akan payah sedikit.

Jika pembaharuan tidak dilakukan dengan segera, alamatnya makin hari makin lama kelab tersebut akan terbubar dengan automatiknya kerana kurang perhatian.

Pemimpin bersilih ganti dan yang tinggal mungkin tidak mahu lagi aktif dalam persatuan tersebut dan akhirnya menjadi tidak aktif atau terbubar sendiri kelab tersebut.

Percayalah, banyak kemungkinan akan berlaku kepada persatuan atau kelab jika ditadbir sehingga tidak mendatangkan apa-apa faedah melainkan kelab itu sememangnya kaya.

Kelab miskin rasanya tidak akan ada orang mengganggotainya sangat sebab nak bawak naik atau timbulkannya agak susah.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: