Assalammualaikum,
Saya ada terbaca ada segelintir ibubapa di luar sana tidak mahu anaknya disuntik vaksin.
Bukan apa, tidak wajib pun untuk seseorang itu disuntik vaksin di mana-mana hospital.
Cuma, jika ada orang warganegara luar yang datang dan mempunyai batuk kokol, sudah pastilah peratusan berjangkit kepada orang yang tidak pernah disuntik vaksin akan lebih tinggi dengan orang yang disuntik dari segi medical perspective.
Saya rujuk ini sendiri dari tulisan Dr. Zubaidi -> http://drzubaidi.com/blog/?p=3024
Semua pilihan terserah kepada ibubapa itu sendiri.
Bukan ubat yang harus dipercayai. Bukan vaksin yang harus dipercayai.
Tetapi usaha itu yang patut digunakan iaitu combination of modern and traditional medicine and then doa to Allah.
Anda tahukan bila anda kemalangan atau sakit terlantar di hospital pelbagai jenis dadah akan disumbat dalam diri anda.
Jika anda seorang yang mahukan semuanya back to nature dipersilakan.
Dengan syarat anda juga tidak boleh memakan makanan dalam tin atau air kordial kerana semuanya chemical mixed di dalamnya dan boleh juga merosakkan tubuh.
Barangan mainan plastik juga ada chemical reaction iaitu hanya tinggi atau rendah sahaja. Walaupun ditulisnya safe tetapi ianya sebenarnya kandungan chemical tetap ada cuma sedikit.
Pinggan plastik, polistrin juga menyumbang kepada chemical reaction to human body. Sebab tu plastik berbahaya dan kita sekarang pun dah buat no plastic day dekat pelbagai pasaraya.
Jika anda perlu back to nature, fikirkan semasak-masaknya kerana anda hanya perlu duduk di hutan.
Cat dirumah kita juga mengandungi bahan lengai yang aktif cuma diletakkan pada tahap selamat. Tapi bahan chemical itu tetap ada pada cat tersebut cuma rendah sahaja.
Di luar juga pencemaran udara berlaku dan anda tidak suntik vaksin atau tidak anda tetap akan ke klinik jika anak anda depan untuk ambil ubat chemical.
Cuba anda lihat bahan-bahan dalam ubat selsema, batuk dan deman yang anda ambil. Dare to not take any medicine jika anak anda deman, selsema atau batuk?
Saya menulis artikel ini dengan perasaan bercampur baur di mana terdapat segelintir rakyat Malaysia hanya tahu membaca tulisan yang tidak sahih dan akhirnya bodoh sendiri.
Tahniah kerana tidak memilih vaksin tetapi jangan lupa untuk memboikot klinik atau ubat-ubatan kimia ya sebab anda kata vaksin itu pelbagai macam kerana membaca artikel-artikel yang tidak sahih.
Takdak bezanya pun jika anak disuntik vaksin atau tidak kerana kematian tetap berlaku tidak mengira vaksin atau tidak.
Cuma usaha yang dilakukan. Kesian pula budak tu nanti jika dia akan menyalahkan ibunya kerana tidak menyuntik vaksin semasa kecil jika dijangkiti penyakit berjangkit yang kronik.
Jika sudah berusaha tidak mengapa. Tetapi ini kepada yang langsung memboikot perubatan moden.
Mungkin inilah generasi minda tidak betul. Macam manalah nak anak jadi Doktor jika Doktor itu sendiri tidak disuntik vaksin.
Oh Ya, Jangan harap anda dapat tunaikan haji tanpa mengambil suntikan vaksin terlebih dahulu. Ini ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.