Assalammualaikum,
Baru-baru ini QS telah mengeluarkan senarai terbaharu ranking universiti.
Seperti yang dijangka, lima universiti teratas di Malaysia yang merupakan Universiti Penyelidikan telah mendapat tempat top 5 dalam Malaysia atau top 100 dalam Asia.
Apakah itu ranking?
Ranking itu adalah satu susunan universiti yang dibentuk setelah memperoleh skor tertentu
Penilaian pula bergantung kepada instituisi atau organisasi yang menguruskan penilaian terhadap ranking universiti tersebut
Antara yang menjadi sandaran untuk permarkahan adalah mungkin:-
a) bilangan pemegang PhD di dalam universiti tersebut
b) bilangan penerbitan di dalam universiti terbabit yang bertaraf ISI/SCOPUS mungkin
c) bilangan geran penyelidikan atau jumlah terkumpul penerbitan
d) bilangan pelajar pascasiswazah/siswazah
dan pelbagai lagi kriteria yang ditetapkan.
Namun begitu, tidak kisahlah bagaimana ranking itu menilai, namun ranking itu diperlukan sebenarnya untuk apa?
Jika dari sudut positif, ranking membolehkan setiap universiti menilai KPI masing-masing dan seterusnya meningkatkan produktiviti.
Ini sesuatu yang baik dan jika universiti itu melihat rankingnya jauh di bawah, maka pasti pihak pentadbiran tertinggi universiti tersebut akan membuat sesuatu untuk menaikkan bilangan geran, pemegang PhD, pelajar pascasiswazah, penerbitan dan lain-lain.
Jadi, ranking itu perlu dilihat dari segi positifnya agar setiap universiti itu berusaha untuk menaikkan sebaik mungkin ranking sedia ada ke taraf yang lebih baik.
Semua yang berada di dalam ranking adalah yang terbaik kerana membolehkan kita membandingkan dengan sesuatu.
Tetapi dari segi kualitinya, perlu dilihat dari sudut lain. Adakalanya kualiti tidak memberangsangkan antara universiti yang berada ranking di atas sedikit dengan yang berada di bawah sedikit.
Ranking adalah berdasarkan kuantiti dan bukannya kualiti.
Tetapi lazimnya, kualiti itu pasti ada cuma bezanya mungkin sedikit. Sebab kita tidak boleh mengatakan universiti yang berada di atas itu kualitinya tidak bagus berbanding universiti yang di bawah.
Sebab itulah, kita perlu berlumba ke arah positif, menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan berkuantiti.
Kebanyakan universiti yang tersohor, bila kualitinya hebat, kuantiti juga akan naik mendadak.
Bayangkan sebuah artikel dengan citation sebanyak 1000++ plus berbanding kuantiti 100 artikel tetapi citationnya sebanyak 500 sahaja.
Maka kesimpulannya, pandangan saya, ranking itu sesuatu yang baik dalam bidang akademik. Kerana ianya dapat meningkatkan produktiviti kita terhadap penyelidikan dan penerbitan kita.
Cuma, hasilkan penerbitan yang bermutu tinggi dan penyelidikan yang bertaraf dunia.
Leave a Reply