Assalammualaikum,

Jerebu amat membimbangkan bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan peparu terutamanya.

Memandangkan pada minggu hadapan saya sepanjang minggu berada di Kuala Lumpur/Selangor untuk suatu kursus/bengkel, maka saya tidak pasti samada minggu hadapan bacaannya akan berkurangan ataupun meningkat.

Sebenarnya, kita pun tidak dapat mengagak kejadian ini, kerana semuanya berlaku disebabkan manusia yang tidak sempurna.

Disebabkan ketidaksempurnaan itu, manusia membuat keputusan yang tidak realistik, tidak berilmu, dan tidak bertamadun.

Walaupun mempunyai kekayaan melimpah-ruah sekalipun, adalah mustahil semua manusia berfikiran sama dalam mengejar keuntungan di dunia yang seciput ini.

Berbalik kepada jerebu, sehingga saat blog ini ditulis, bacaan di area Kuala Lumpur adalah sekitar 100 ke 150. bahkan di Kepong ini juga kelihatan jerebu menutupi bukit2 di FRIM dan depan padang rumah mertua saya.

Di Melaka berdasarkan laman web doe.gov.my, bacaan sudah melebihi 300 dan kemungkinan besar jika berterusan lagi, sekolah akan ditutup.

Perihal mengawal kebakaran di Sumatera adalah sesuatu yang susah sebenarnya untuk ditangani.

Soal pekebun yang tidak tahu apa yang berlaku dekat orang lain terutamanya di Malaysia satu hal.

Soal syarikat yang terlalu mengaut keuntungan juga satu hal dengan menjimatkan kos.

Soal rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran di negara jiran juga satu hal

Jadi, apa yang berlaku sebenarnya adalah satu gejala yang tidak sihat bermula dari yang memimpin kepada yang dipimpin.

Inilah padahnya jika pemimpin yang dipilih juga tidak bagus atau tidak peka dengan orang lain.

Sepatutnya pemimpin itu dipilih rakyat dan tahu apa yang perlu dibuat. Jika tidak baik bagi kepada orang lain yang boleh memimpin.

Sebut soal kepimpinan, berbalik kita kepada isi kehidupan kita.

Hidup kita ini tidak ke mana, selepas kita hidup umur 60 ke 70 tahun atau mungkin ke 80 atau 90 tahun, kita akan mati jua.

Tidak berguna bermasam muka atau dengki sangat dengan orang dan terlalu mengejar harta sehingga nanti anak beranak berebut tak sudah.

Bila ada tanah sekeping, atas nama kita. kemudian bila meninggal terlupa pula mungkin nak menamakan atau membahagikan. Alamatnya, tanah itu dikongsi oleh SEMUA waris yang berhak.

Oleh itu, ingatlah kita bahawa dalam suatu hari nanti, kita akan PASTI mengadapNya

Sebut soal kematian, maka saya ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga Pakcik Rauf (taktau ejaan macam mana tapi bunyi macam tu la kot) iaitu jiran sebelah rumah mertua saya yang meninggal dunia pada jumaat malam.

Alkisahnya begini, pada hari jumaat, saya terasa nak balik ke KL pula dengan isteri tanpa apa-apa perancangan. Disebabkan Melaka juga jerebu, mungkin jika ke KL agak kurang sedikit berbanding di Melaka.

Petang itu selepas solat jumaat, terus ke sebuah pejabat di Melaka Raya.

Jadi, kami pun pulang jam 5 petang dari Melaka dan sampai di KL dalam jam 8. Akibat kesesakan di lebuhraya Elite dan juga Bukit Lanjan.

Ini disebabkan ada kemalangan melibatkan lori besar di kedua-dua tempat.

Setiba di rumah mertua, pada malam jam 11 malam saya dan isteri terdengar bunyi macam orang menjerit kuat dan bunyi naik tangga dengan kuat. Saya ingatkan ada orang pecah masuk rumah sebelah ke apa. Maka saya pun tengok macam dah takdak apa-apa dah, maka saya pun nak terus sambung tidur.

Tiba-tiba ada bunyi orang kat pagar depan rumah mertua saya dan Pak mertua saya pergi tengok dan memanggil saya mengatakan Pakcik Rauf pengsan.

Saya pun terus bersiap dan kerumah Pakcik Rauf dan kebetulan semasa itu kelihatan Pak mertua saya tengah mengangkat bersama anak-anak buah Pakcik Rauf.

Semasa diletakkan di atas tilam di atas lantai, saya dan pak mertua saya memeriksa nadi. Tapi nadi tersebut agak lemah dan saya tidak mahu membuat apa-apa keputusan.

Maka tibalah ambulan setelah dijemput oleh saya yang menaiki kereta Faiz dan setiba ambulan dari Hospital Selayang tersebut, maka pemeriksaan dilakukan.

Maka disitulah para medic mengatakan Pakcik Rauf telah meninggal dunia.

Saya mengenali Pakcik Rauf ini setahu saya dah 3,4 tahun dan seorang yang rajin menegur dan baik hatinya.

Al-fatihah untuk arwah.

Jadi, itulah serba sedikitnya mengenai minggu ini.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s