Cepatnya masa berlalu

Assalammualaikum,

Kita sememangnya akui, masa terlalu pantas berlalu.

Dahulunya kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Kini telah masuk Syawal, dan telah pun mencecah hari ke-4 sambutan hari raya aidilfitri.

Tidak lama lagi, Syawal ini akan berlalu pergi dan bulan-bulan lain mendatang seperti bulan biasa bagi sesetengah pihak.

bahkan ada yang merasakan Syawal ini juga seperti biasa dan tiada bezanya.

Yang lebih teruk, Ramadhan juga tidak dirasai akibat kurangnya pegangan agama yang kuat.

Masa.

benarlah, manusia ini berada dalam kerugian kecuali melakukan amal ibadat dan memanfaatkan masa yang ada.

Daripada kita tidur, alangkah baiknya kita cuba beribadat atau melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Oleh itu, sebaiknya kita kurangi tidur dan cukup sekadar tidur di malam hari jam 10-12 malam hingga 5 pagi.

Dan tidur sebentar sebelum zohor menjelma.

Selebihnya, masa itu dimanfaat dengan segala pengisian yang membawa kepada ilmu dan juga amal kepada Allah S.W.T.

Terlalu cepat.

Masa terlalu cepat berlalu.

Kita tidak sedar dan akan merasa dukacita sekiranya tidak manfaatkannya dengan betul.

Setiap saat berlalu, akan menyebabkan diri kita menjadi tua.

Cuba kita lihat sendiri, minggu lepas kita pulang ke kampung untuk berhari raya.

Tapi kini tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum pulang ke tempat rumah sendiri atau tempat kerja masing-masing.

Kembali mengharungi hiruk-pikuk ibu kota yang penuh kesesakan lalu lintas, kecuali yang bekerja di kawasan yang tidak sesak.

Oleh sebab itulah,

pilih pekerjaan yang memberi kepuasan dan juga minat.

Kerana jika minat, ianya membolehkan kita bukannya ‘bekerja’, sebaliknya ‘satu hobi’ yang sangat disukai.

Tidak perlu menyeksa diri dengan pelbagai pengajaran pangkat dan sebagainya kerana jika sesuatu kerja itu dilakukan dengan penuh minat dan sebagai hobi, ganjaran itu akan datang sendiri.

Sebagai contoh, kita minat melakukan penyelidikan. Tidak disangka kepelbagaian penyelidikan yang dilakukan akan membolehkan kita dianugerahkan pelbagai pingat atau piala atau ganjaran dari pelbagai pihak.

Tidak perlu meminta tetapi hanya perlu meneruskan minat tersebut dengan penuh kesukaan dan gembira.

.

.

Maka, masa itu akan dirasakan sentiasa berputar atau berjalan dengan keadaan yang sesuai. Tidak terlalu lambat atau tidak terlalu cepat.

Semuanya berlalu dengan tenang dan gembira kerana kita sendiri melakukan pelbagai perkara berfaedah dengan gembira dan penuh minat.

Maka sebab itulah, utamakan apa yang penting dalam hidup anda.

Keluarga sebagai matlamat utama dalam membangunkan umat Islam di mana pekerjaan sebagai satu perkara yang membolehkan keluarga kita dibangunkan dengan suasana Islam.

InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir dan Batin.

Ogos 11, 2013, 7.08 am, Ahad, Kuala Lumpur.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: