Lumut – P. Pangkor Trip – 1st Day

Assalammualaikum,

Kali ini saya ingin mengisahkan perjalanan saya mengikuti keluarga mertua saya ke Lumut dan seterusnya ke Pulau Pangkor.

Sebenarnya, ini kali pertama saya ke P.Pangkor dan kali kedua ke Lumut setelah pergi ke sana pada hari raya tahun lepas.

Lumut ni sebenarnya tempat pangkalan tentera laut di mana keluarga isteri saya dahulu pernah menetap disini hampir 30 tahun yang lalu.

Lumut bagi saya adalah satu tempat agak menarik juga untuk dikunjungi terutamanya pantainya lebih bersih berbanding pandai di Port Dickson yang semakin penuh dan padat dengan orang ramai.

Perjalanan ke Lumut dari Kuala Lumpur adalah dengan melalui lebuhraya utara selatan. Jika diikutkan, ianya memakan masa dua jam lebih untuk tiba di Pekan Lumut. Melalui lebuhraya PLUS, memasuki exit Bidor/Teluk Intan, dan seterusnya menyusuri jalan dalam sehingga tiba di Lekir dan seterusnya Pekan Lumut.

Apa yang menariknya, terdapat sejumlah rumah di tempat kami semua menginap telah dijadikan homestay. Seolah-olah ianya merupakan sebuah resort untuk orang ramai tinggal untuk percutian.

Dengan harga RM280 untuk satu malam, tiga bilik, rumah pula semi-D, ada air-conditioning setiap bilik, tv LED screen berserta Astro serta laman yang boleh memuatkan 3 biji kereta, maka saya sarankan pilihlah homestay ini apabila tiba di Lumut.

DSC_0115

 

Setelah sampai di homestay ini (selepas menghadiri kenduri di sini), kami berehat dan solat secara jamak memandangkan perjalanan yang melebihi 90 km. Petangnya pula kami sekeluarga semuanya ke Pantai Teluk Batik, membawa anak untuk bermain di tepi pantai.

DSC_0317

 

Seterusnya, kami singgah makan di sebuah restoran medan ikan bakar yang makanannya agak boleh tahan juga dan harganya juga boleh tahan. Tapi cukup untuk menghilangkan lapar dan kenyang secukup rasa.

DSC_0424 DSC_0425 DSC_0426 DSC_0427

DSC_0430Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan, tetapi tidak tertangkap disebabkan terlalu lapar ketika itu.

Kami selanjutnya bertolak ke Pekan Lumut dan berjalan-jalan sekitar Pekan tersebut sambil menikmati permandangan waktu malam.

DSC_0464

 

Untuk ke Pulau Pangkor pula, tunggu next entry. Sudah penat mau tulis

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: