Assalammualaikum.

Kisah 1

  • Ahmad dilahirkan dalam sebuah keluarga yang ayahnya seorang nelayan dan emaknya suri rumah.
  • Tiada sebarang barang mainan dalam hidupnya tetapi segala didikan mengenai menjadi orang yang berguna pada masa hadapan diberikan oleh kedua ibubapanya.
  • Pendidikan agama juga tidak dilupakan dan sentiasa terpahat dalam diri Ahmad
  • Membesarlah Ahmad dan kemudian memasuki alam persekolahan dan seterusnya berjaya mengharungi alam universiti dan bekerja sebagai seorang yang berguna.

Kisah 2

  • Ali dilahirkan dalam suasana keluarga yang sangat senang dan apa sahaja keperluan diberikan.
  • Didikan agama juga diberikan dan segala pendidikan diberikah oleh keluarganya. Segala guru dan ustaz diupah untuk memastikan Ali sentiasa mendapat pelbagai ilmu yang berguna
  • Ali kemudiannya membesar dan menjadi orang yang berguna pada masa hadapannya.

.

.

Kedua-dua cerita di atas merupakan sebuah cerita yang singkat dan apa yang saya cuba sampaikan adalah setiap individu itu datang dari latar belakang berbeza.

Setiap ilmu yang masuk dalam diri kita juga walaupun sama tetapi cara adaptasi dan pengamalan juga berbeza.

Katakan ilmu bersedekah. Ada yang bersedekat sedikit dan ada yang bersedekah banyak. Tetapi adakah sedekah sedikit lebih hebat dari yang bersedekah banyak? Tengok juga tahap keikhlasan dan sumber kita sedekah tersebut.

Apa yang berlaku adalah setiap individu itu mengalami pengalaman hidup yang berbeza dan sudah pasti interpretasi seseorang itu juga berbeza.

jadi apa yang kita boleh buat kita seseorang itu mungkin tersalah langkah atau sebagainya?

Sebab itulah kita perlu saling nasihat dan menasihati antara satu sama lain.

Dan jangan menjadikan kesilapan dan kesalahan seseorang itu berpanjangan.

Ini kerana dah sememangnya seseorang itu sebegitu kerana persekitaran dibesarkan adalah begitu.

Mungkin cara terbaik adalah dengan cuba berkawan dengan individu tersebut dahulu dan kemudiannya nasihat secara halus jika tidak dapat menasihatinya secara terbuka.

Sebab itulah setiap tokoh itu hanya ada pada zamannya sahaja.

Hassan Al-Banna telah pun tiada di dalam dunia ini tetapi digantikan dengan individu dan ulama lain yang meneruskan usaha-usaha dakwah.

Yang penting, kita hidupkan apa yang diteruskan generasi sebelumnya dan pertingkatkan lagi.

Apa yang Nabi Muhammad S.A.W. buat untuk kita adalah untuk kita memahami sepenuhnya dan seterusnya mengamalkan mengikut zaman kita.

Yang penting, fahami apakah itu sebenarnya kehidupan ini dan mengapa umat itu penting.

bermula dari diri kita, keluarga, masyarakat dan seterusnya seluruh orang Islam di dunia untuk bersatu teguh.

InsyaAllah, kemenangan pasti di tangan orang Islam dan yakinlah bahawa janji Allah itu pasti.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s