Kebendaan berbanding kepercayaan dan keimanan

Salam.

Adakah anda semua percaya dengan keimanan kepada Allah S.W.T. serta RasulNya dan amalan Al-Quran dan Hadith akan mampu melawan segala teknologi musuh yang memegang senjata canggih dan moden?

Anda anda yakin, seseorang kaya mampu menang semuanya?

Adakah duit adalah segala-galanya dan siapa yang pegang duit maka dialah menang?

Tidak.

Firman Allah s.w.t. maksudnya: “….dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir”  (Surah Al-Maidah: 67)

Oleh itu, jangan terlalu mengharapkan kebendaan di dalam hidup kita.

Tidak salah untuk kita kaya dan mempunyai teknologi canggih

Tetapi jangan dianggap kaya dan teknologi canggih itu yang menolong kita menang.

Sebaliknya, Allah S.W.T. yang membantu kita menang.

Sama seperti soal duit

Allah pasti akan mencukupkan keperluan jika bertakwa dan beramal soleh.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” [At-Thalaq 65: 2-3]

Bahkan, jika dilihat, ada yang kaya juga mengeluh tidak cukup duit.

Ada yang kaya tetapi terasa mengapa tidak cukup duit berbanding orang yang lebih miskin darinya.

Ini semua nikmat dan kurniaan Allah S.W.T.

Ada gaji RM20k sebulan pun tidak cukup walaupun keluarga sebesar 7 orang. Dirasanya macam terlalu terbeban dengan duit RM20k sahaja.

Ada yang gaji RM4k cukup untuk 10 orang. Bahkan anak2 juga berjaya.

Itulah yang patut seseorang yang bergelar muslim perlu faham.

Rezeki bukan DUIT SAHAJA.

Rezeki merangkumi segalanya.

  • Anak-anak yang sihat
  • Kesihatan yang baik
  • Persekitaran kejiranan yang baik
  • Orang sekeliling tidak mendengki antara satu sama lain
  • Kejayaan anak-anak
  • Anak-anak mendapat suami atau isteri yang baik
  • Pelbagai lagi macam

Oleh itu, berhentilah menganggap DUIT adalah rezeki. Rezeki Allah ini luas.

Ada yang duit banyak pada waktu tuanya tetapi malangnya kesihatan pula tidak menentu

Ada yang miskin tetapi kesihatan pada usia 70-an seperti mengalahkan yang berumur 20-an. Orang tua lagi hebat dari orang muda!

Oleh itu, percayalah kepada janji Allah S.W.T.

Janganlah kita terlalu mengerja sesuatu dengan melupakan Allah S.W.T.

Percayalah, gaji beratus-ratus ribu sebulan pun hidup takkan tenang jika Allah dilupakan.

Adakah anda suka jika setiap hari makin bertambah orang yang dengki dan benci dengan anda walaupun anda kaya raya?

Sukakah anda jika anak2 semuanya terbiar dan meninggalkan amalan agama Islam walaupun duit berjuta-juta?

fikirkanlah yang terbaik

InsyaAllah.

7.37 am, 27 Ogos 2013, Selasa bersamaan 20 syawal 1434 Hijrah

Artikel yang bagus -> http://www.duniadeen.com/2011/09/berat-benarkah-ujian-itu.html

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: