Assalammualaikum,

Alhamdulillah, sudah menjangkau 4 tahun lebih saya bertugas sebagai seorang pendidik di sebuah pusat pengajian tinggi.

Seperti biasa, kesibukan di awal semester menyebabkan saya juga tidak dapat mengemaskini status di laman web saya ini.

Secara realitinya, kesibukan ini bukan bermaksud setiap hari 24 jam sentiasa penuh.

Tetapi lebih kepada tumpu kepada perkara yang lebih baik.

Misalnya jika dari subuh sehingga sebelum pergi ke tempat kerja, saya akan menyiapkan kerja-kerja pejabat yang ringan di rumah dan juga bersarapan di rumah. Walaupun ada sahaja masa untuk sebuah entry di laman saya ini tetapi saya tidak menggunakan masa tersebut kerana lebih tertumpu untuk bersama keluarga.

Di pejabat, boleh sahaja saya mengemaskini laman web, tetapi disebabkan saya tertumpu kepada perkara yang lebih penting terlebih dahulu iaitu menyiapkan dokumen2 pengajaran dan nota-nota. Bahkan kadang-kadang saya berdiskusi sesama ahli akademik berkaitan hal-hal akademik dan umum.

Ketika pulang dari pejabat, saya bersama keluarga dan bersantai di rumah.

Sehingga malam menjelma, boleh sahaja sebelum tidur saya menulis sebuah entry, tetapi tidak melakukannya kerana itu tidak dirasakan keperluan dan tidur lebih penting untuk kesegaran di paginya.

Itu membuatkan saya menulis artikel di blog saya ini bila-bila masa saya suka dan mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri.

Secara realitinya, apa yang kita lakukan adalah tidak seperti orang lain katakan.

Saya sendiri tidak tahu apa realiti seseorang yang lain dan orang lain juga tidak tahu apa realiti diri saya.

Sama seperti kita melakukan analisis terhadap sesuatu perkara atau penilaian terhadap seseorang pelajar.

Jika ada 10 pensyarah, menilai seorang pelajar, pasti berbeza markahnya. Tidak kisah buruk atau baik pelajar tersebut, markah penilaian adalah berbeza sama sekali.

Oleh sebab itu, kita kena sentiasa berfikir positif yang kita pun tidak ada bezanya dengan yang dinilai.

Bukannya hebat sangat pun kita ini sehingga dirasakan pensyarah itu lebih terbaik berbanding pensyarah yang lain.

Tak perlu anggap diri kita seorang yang terlalu hebat.

Baik kita hebat di sisi Allah S.W.T. berbanding hebat di sisi manusia.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s