Lumut oh Lumut

Assalammualaikum,

Dalam masa dua bulan ini, sudah dua kali saya ke Lumut.

Ianya masih berstatus sebuah pekan yang masih agak tenang dan kecil.

Biarpun dari tahun 1985 lagi, tidak banyak sangat perubahan dialami oleh Pekan Lumut ini.

Pembangunan mungkin agak perlahan kerana tidak banyak industri atau kilang dibuka di kawasan ini.

Baiklah, mari kita berbicara dari segi kacamata saya mengenai Lumut, Perak ini.

.

.

Dari segi pembangunannya, seperti yang saya katakan, ia agak perlahan tetapi dalam tempoh 10 tahun ini, semakin banya pasaraya-pasaraya besar tumbuh.

Tesco, Giant, AEON, Billion merupakan yang muncul sejak tempoh 5 tahun.

Jadi, perkembangan Lumut telah pun semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Apabila dilihat dari segi Pulau Pangkornya,

Tidak dinafikan bahawa Pulau itu sendiri sudah seperti tidak terjaga.

Banyak penempatan yang merunsingkan kepala.

Perumahan dan pembangunan yang tidak terancang.

Susunan rumah-rumah serta pelbagai lagi kawasan yang pada saya ianya menjadikan Pulau Pangkor itu sendiri tidak lagi hebat.

Saya tidak merasa sebarang keistimewaan Pulau Pangkor kerana penjagaan pulau itu sendiri tidak baik.

Terdapat banyak bangunan yang ditinggalkan dan juga terdapat banyak bangunan yang usang.

Dari segi makanan, tidak dinafikan, banyak sungguh kedai makanan.

Teluk Batik pula, suasananya seperti Pantai Port Dickson.

Kecewa juga dengan sampah sarap dan juga pelbagai lagi kebersihan yang tidak dijaga.

Kesian saya melihat banyak pantai2 tidak dijaga dengan sempurna.

Tidak berguna juga membuat sebarang iklan ditelevisyen sekiranya manusia itu sendiri yang tidak menyedarkan dirinya sendiri.

Lihat sahajalah Pulau Marina.

Rumput tidak dipotong, sunyi dan parking lot juga tidak ditar dengan elok.

Laluan juga tidak disapu sampah.

Tidak hidup pulau tersebut akibat perancangan yang salah mungkin?

Namun begitu,

Ada potensi Lumut ini sebagai pusat tarikan pelancongan.

Perlu ada satu plan yang panjang untuk menaikkan Lumut namun mestilah bebas rasuah dan jujur dalam menaikkan pekan Lumut ini.

Mungkin, 20 tahun lagi, baru pekan ini menjadi bandar yang hebat.

DSC_0193

Rumah ini pernah diduduki oleh isteri saya semasa kecil. Masih kosong dan sebenarnya banyak rumah kosong di Lumut ini untuk disewa/dibeli/dan sebagainya

DSC_0240

Ini adalah pada hari sabtu, tidak ramai yang kelihatan di sini. Mungkin bukan disebabkan cuti sekolah maka tiada ramai orang.

DSC_0285

Muzium kapal yang tidak boleh dimasuki. Sedangkan tiada sebarang notis yang ditampal mengatakan Muzium ini ditutup dan sebagainya.

DSC_0323

Namun, laksa ini aga sedap. Di Teluk Batik

DSC_0357

Makan steamboat pula di sebuah Restoran Steamboat

DSC_0089

Tiada orang untuk melawat muzium kapal. Notis pun tiada. Bahkan persekitaran disini juga tidak terurus.

DSC_0171

Nasi Korek-Korek di Sabak Bernam

DSC_0198

Ketam yang sedap juga

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: