Assalammualaikum,
SCOPUS dan ISI adalah sebuah tempat di mana para akademia dan penyelidik merujuk sumber-sumber kukuh berkaitan bidang penyelidikan mereka.
Boleh dikatakan, seluruh IPTA dan IPTS telah pun memastikan setiap daripada ahli akademik mereka hanya boleh menerbitkan artikel ataupun kertas kerja ke dalam database SCOPUS dan ISI.
Maka, berlumba-lumbalah pelbagai jurnal baru muncul diseluruh dunia dan memastikan mereka dapat menempatkan diri di dalam SCOPUS dan ISI.
Baiklah, cuba kita lihat kembali.
Sesebuah artikel itu ditulis untuk tujuan memberitahu penemuan yang kita temui kepada seluruh masyarakat dunia.
Misalnya, Ahmad, telah menemui sesuatu yang baru dan mampu mengubah nasib dan juga meningkatkan kualiti kehidupan.
Maka Ahmad pun menulis artikel tersebut dengan baiknya dan kemudian akan menghantar ke mana-mana jurnal yang disukainya.
Namun, jurnal yang ditulis oleh Ahmad tidak mampu disampaikan dengan baik dan akhirkan ditolak oleh jurnal-jurnal ternama.
Dari sini, Ahmad hanya menghantar ke jurnal bertaraf biasa dan diterima, tapi perlu pula membayar sejumlah wang.
Nasib baik jugaklah jurnal tersebut di indexkan dalam SCOPUS.
Jika kita lihat situasi di atas,
Untuk memastikan anda benar-benar bagus, perlukan perkara-perkara berikut:-
a) Penyelidikan anda bagus
b) Dana anda bagus (untuk buat penyelidikan)
c) English anda bagus
d) Penyampaian dalam penerbitan yang bagus
Jadi, keempat-empat tersebut memainkan peranan penting. Walaupun sebenarnya, (c) dan (d) sudah memadai kerana jika anda seorang yang hebat dalam penyampaian, anda boleh menjadikan benda kecil menjadi besar (great contribution)
Berbalik kepada isu SCOPUS dan ISI
Mereka ini sebenarnya satu database yang sebenarnya anda perlu tahu, universiti seluruh dunia bayar kepada mereka.
Mereka akan lingkup jika tidak dibayar.
Jadi, satu universiti katakan RM1 juta.
Kalau ada 500 universiti, sudah 500 juta setahun.
Hebat bukan kuasa mereka?
Walaupun senang sahaja dijatuhkan – dengan seluruh universiti ada database iaitu eprints tersendiri.
Tetapi akibat kita terlalu berkiblatkan barat, seluruh alam perlu ditentukan oleh barat.
Segala-galanya barat menentukan
Indexing dalam negara tidak dipandang termasuk yang open-access
Dan bertanya pula anda.
Adakah anda yakin 100% jurnal bertaraf Elsevier, IEEE Transaction juga begitu telus?
Sebagai contoh, Anda dan Ahmad telah berkenalan lama, Ahmad merupakan editor jurnal terkemuka.
Takkanlah member2 tiada sebarang reward kot?
Kronism?
Biasalah, di Malaysia berlaku takkan di barat sejujur betul?
Tanya diri dan fikirkanlah, lambat laun nanti, dunia akademik boleh berjual beli sahaja.
Akibat dahaga pengiktirafan dan anugerah.