Penduduk Taman Ehsan Fasa 3

Assalammualaikum,

Pada 16 Oktober 2013, satu aktiviti korban penduduk Taman Ehsan Fasa 3 (sebahagian penduduk) telah bergotong royong untuk membuat ibadah korban sebanyak 3 ekor lembu.

Bermula seawal jam 7 pagi, dihadiri hampir 30 orang untuk turut bergotong royong dalam aktiviti kemasyarakatan ini.

Sebenarnya, dalam masyarakat inilah yang kita mahu.

Adakah anda sebenarnya mahu sekadar pergi kerja awal pagi dan pulang lewat malam tanpa kenal langsung jiran2 anda?

Anda hidup untuk apa sebenarnya? Untuk duit atau masyarakat?

Apa guna hidup di dalam kereta lama-lama (traffic jem), jika tidak bersama-sama jiran tatkala hujung minggu untuk bergotong-royong.

Setidaknya, kenal jiran di kampung jika anda mungkin tidak mempunyai rumah sendiri lagi (mungkin rumah sewa anda tidak mempunyai jiran yang ada di rumah).

Berbalik kepada aktiviti korban ini.

Terasa kemeriahannya kerana penduduk sama-sama dapat berborak dan juga berbincang isu-isu semasa.

DSC_0001

Melapah lembu seawal 7 pagi

DSC_0015

Penerangan diberikan oleh penduduk

DSC_0022

lembu ketiga sedang dilapah

DSC_0005

memudahkan tugas melapah

DSC_0016

makan-makan tatkala penat melapah

DSC_0018

berbincang dan berborak

DSC_0063

pembahagian daging-daging

DSC_0078

aktiviti yang meriah

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: