Ianya Suatu Ujian

Assalammualaikum,

Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan ini.

Ada yang terlibat dalam kes menyayat hati kematian seorang pegawai bank akibat ditembak Pengawal Keselamatan yang mempunyai kad pengenalan palsu

Ada yang terkena tikaman oleh individu yang mempunyai sakit mental

Dan terdapat pelbagai lagi perkara.

Kita juga terdapat banyak isu-isu keluarga kita sendiri yang perlu diselesaikan.

Dan, adakah ianya akan berlaku suatu masa di mana, tiada lagi masalah dan isu-isu yang hendak diselesaikan?

Percayalah, SELAGI ANDA HIDUP, ujian akan terus datang dan datang sehingga kematian menjelma dalam hidup.

Jadi, anda nak berdoa untuk mati cepat?

Tidak juga, anda tidak boleh doa sebegitu.

Anda tidak boleh membunuh diri dan ianya Haram

Anda tidak boleh berbuat kejahatan

Tetapi orang lain boleh berbuat jahat kepada anda.

Jadi sampai bila ianya akan berhenti?

Jawapannya?

Apabila hidup anda tamat, tiada lagi apa yang anda akan fikirkan kecuali pembalasan di hari pembalasan iaitu Padang Masyhar.

Disitu, segalanya akan dibalas dengan sangat adil oleh Hakim yang paling adil di alam ini, iaitu Allah S.W.T.

Tiada satu zarah kebaikan atau kejahatan akan terlepas.

Pernahkan anda dengar kisah Nabi Khidir membunuh seorang anak kecil ketika Nabi Musa bersama-sama mengikutinya?
Boleh baca disini:- http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=kisahnabikhidiras.htm

Oleh itu, banyak perkara yang tidak diterima akal atau tidak akan diadili dengan seadilnya.

Kadang-kadang kita lihat tindakan seseorang itu seperti kurang baik, tetapi yang Maha Adil adalah Allah S.W.T.

Kita tidak tahu, seseorang itu jadi jahat disebabkan masa silamnya, masa kanak-kanaknya dan sebagainya.

Kembali.

Nasihat saya, dan pandangan saya adalah

1. Hidup dan teruskan hidup dengan segala kemampuan yang ada

2. Nasib adalah terserah kepada Allah S.W.T.

3. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi kita mesti terus berusaha dan apa yang boleh buat, penuhkan setiap hari dengan kebaikan.

4. Percayalah, dunia ini mana adil, akhirat juga tempat keadilan. Oleh itu, sentiasa ingat itu dalam minda.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: