Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebentar lagi akan menaiki pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Sementera itu, saya teringat kenangan saya menaiki pesawat fireflyz ke Kota Kinabalu, kemudiannya Air Asia dan sekarang Malaysia Airlines.
Jika diperhatikan, dulu Fireflyz ada penerbangan ke Kota Kinabalu dan mendarat di KKIA.
Namun atas dasar kepentingan sesebuah syarikat, penerbangan Fireflyz ke KKIA ditamatkan, dan sekarang hanya Air Asia, Malaysia Airlines, dan Malindo Air yang bergerak ke Kota Kinabalu ini.
Fireflyz mempunyai kos yang sangat murah.
Bayangkanlah, dua orang boleh pergi dan balik serta mempunyai makanan dengan harga RM250++ sahaja.
Saya berpeluang menaiki Fireflyz pergi balik KK sebanyak dua kali.
Kemudian terpaksa menempah Air Asia pula kerana Malaysia Airlines masih lagi mahal ketika itu.
Jadi, Air Asia pula pernah mencecah sehingga RM800 untuk pergi dan balik.
Dan sekarang Malaysia Airlines.
Bayangkan dengan RM200++ sahaja, boleh pergi dan balik Kota Kinabalu (Malaysia Airlines).
Saya pernah dapat termurah RM136 untuk pergi dan balik Kota Kinabalu (Malaysia Airlines). Siap makanan dan bagasi 30 Kg lagi.
Bukti?
dan siap pilih seat lagi.
Apa kata kita simulate satu penempahan ke Kota Kinabalu. Kita cuba pada tarikh benar-benar orang bercuti (mengikut kalendar universiti). Saya cadang nak pilih Januari 20 hingga Januari 24 (Kuala Lumpur ke KKIA) dan HANYA TARIKH INI. Ini saya pilih tanpa semak mana yang lebih murah terlebih dahulu. Kemudian saya tidak mahu bagasi unless free. makanan juga tidak akan diambil. Insurance penerbangan juga diambil.
Air Asia = RM224 (RM4 processing fee jika kad kredit)
Malaysia Airlines = RM293.00
Malindo Air = RM278
Jika dilihat kembali, Air Asia lebih murah berbanding Malindo Air. Dan Malindo Air lagi murah dari Malaysia Airlines.
Tetapi jika dari segi margin dan pengalaman saya (tanpa merujuk kepada Malindo Air), Malaysia Airlines lebih selesa kerana kita berlepas dari KLIA, ada Aerobridge, makanan disediakan (boleh juga membeli di dalam Air Asia dan tambah sedikit sahaja) serta mendarat di KKIA. dan juga bagasi 30 kg.
Namun begitu, Air Asia juga ada kelebihannya kerana jika tarikh flexible atau memesan jauh lebih awal, maka harga akan murah juga. Selain itu, kapal terbangnya juga lebih baru berbanding Malaysia Airlines.
Cuma dari segi flight delay, saya mempunyai pengalaman Air Asia delay flight sebanyak tiga kali. Sehingga menunggu lebih dari 5 jam dari masa penerbangan sebenar. Malaysia Airlines juga ada delay tetapi diberitahu sehari awal. Ini mengikut pengalaman saya dan mungkin nasib saya tidak baik atau baik ketika itu ketika bersama Air Asia dan Malaysia Airlines.
Saya juga berpendapat, Malindo Air juga bagus. Kerana supervisor saya di Sabah mengatakan, ruang kaki juga lebih luas dan selesa. Mungkin saya akan mencuba Malindo Air juga selepas ini.
Itulah serba sedikit dari Sabah. Kejap lagi menaiki kereta sewa (taxi) ke airport jam 8 pagi.
Syarikatnya : Rent A Car Sdn. Bhd. (227374-U)
Tune Hotel.com, G803, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: (6088)-218 160, 251-529 (Office)
Fax: (6088) – 255 458
H/P : 019-882 3558
E-mail : admin
Website : http://www.e-erac-online.com
hanya RM40 sahaja per taxi.
Tapi ingat, tempah sehari awal antara 8 pagi hingga 7 petang (buka).