Assalammualaikum,
Hari ini merupakan hari pertama berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang.
Dalam jam 10, saya bergerak ke Pulau Pinang menerusi Jambatan Pulau Pinang yang pertama.
Ini kali pertama saya menjejak kaki secara berkenderaan di Pulau Pinang.
Sebelum ini, saya menggunakan kapal terbang untuk ke sini.
Jambatan Pulau Pinang.
Memang menakjubkan bahawa manusia sebenarnya memang menakjubkan pemikiran mereka.
Bahka, sudah ada Jambatan Pulau Pinang kedua yang lebih baru dan mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di jambatan pertama.
Setiba di Pulau Pinang, saya terus ke Gurney Hotel untuk mengambil bahan-bahan yang disebut sebagai goodies pack dari seketariat SKSM yang ke-21 ini – yang berupa beg, buku program dan sebagainya.
Kemudian, singgah makan di Restoran Deen menggunakan GPS
Lihat lauk2 di bawah yang menyelerakan
Kemudian, kami terus bergerak ke Gurney Hotel untuk sesi pembentangan kertas kerja saya
Agak ramai juga hadir, tetapi tidak tahulah semua faham atau tidak. wakakakaka. sebab bidang ini tidak banyak yang ketahui di Malaysia ini. Agak terhad dan hanya segelintir sahaja yang boleh dibilang dengan jari terdapat di Malaysia.
Seterusnya, kami bergerak pula ke Flamingo By The Beach untuk check in.
Dan berehat seketika sebelum keluar semula untuk mencari Pasembor.
Tetapi malangnya tidak terjumpa pula.
Dan kami terus berjalan dan akhirnya makan di Padang Kota Lama
Dan harganya
Char Kuey Teow = RM8
Kerang Bakar = RM12
Pasembor = RM11
Air Milo Panas + Fresh Orange Ais + Mineral Water = RM6
Semuanya berjumlah RM37.00
Tidak mengapa, sekali sekala makan.
Seterusnya, selepas makan, kami berjalan2 sekitar bandar Georgetown ini.
Kesimpulan untuk Hari ini:-
a) Pemandu-pemandu kereta atau kenderaan di sebelah Pulau ini lebih bersopan santun (hampir 95% daripadanya) dan saya tidak menghadapi masalah nak masuk sebarang lane walaupun tanpa memberi signal.
b) Pembawa motosikal perlu mahir untuk mencilok sana-sini kerana sini bukanlah kawasan mesra motosikal kerana lane motosikal amat jarang kelihatan
c) Pulau Pinang in amat sesak tetapi aliran trafiknya lancar tanpa tarikh handbrake.
d) Pada sebelah malamnya, kenderaan mulai kurang bermula jam 8 malam. Tidak tahulah jika jam 9 malam ke atas kembali sibuk.
e) Sentiasa berhati-hati dengan motosikal kerana mereka mencilok dengan hebatnya.