Assalammualaikum,
Untuk hari kedua, kami bangun dari tidur dan bersiap bersarapan di hotel.
Makanan yang dimakan saya boleh statusnya sebagai 3 star sahaja mungkin. Sekadar bolehlah dan ok.
Sebabnya, di Sabah iaitu di Novotel di One Borneo, makanannya jauh lebih sedap dan lebih pelbagai.
Tiada lagi setanding Novotel yang saya pernah jumpa di hotel-hotel saya pernah menginap.
Tetapi 3 star itu pun sudah cukup untuk Flamingo By The Beach ini.
Namun, pantai di hadapan Flamingo ini adalah sangat baik dan juga cantik.
Kami sempat bersantai di tepi pantai selepas sarapan.
Seterusnya, kami bergerak ke Train Car Bukit Bendera.
Kami ingatkan tidak dipenuhi orang, tetapi budak2 sekolah yg membuat lawatan terlalu ramai dan still sama seperti hari hujung minggu.
Kami menaiki Train sehingga ke atas dan kemudian berjalan-jalan sekitar selama 30 ke 45 minit.
Cuaca seperti sama sahaja, cuma mungkin sejuk sedikit berbanding di bawah.
Seterusnya kami terus ke Tesco untuk makan sebelum berlepas untuk mencari art street.
Saya sertakan bersama-sama art street yang dicari.
pada malamnya, sambut birthday my wife at d Tandoor