Penang December 2013

Assalammualaikum,

Minggu lepas, saya ke Penang sekali lagi untuk betul-betul melawat Penang.

Melawat Penang beerti mencari kedai makan yang sedap-sedap atau dikenali ramai sebagai yang paling terbaik.

Sebenarnya, tiada istilah terbaik dalam bab makanan.

Sebab ianya ikut lidah anda juga. Jika terbaik macam mana pun, kalau lidah tak boleh makan itu ini dan tak boleh rasa itu ini, maka automatik menjadi tidak terbaik juga.

Cuma yang terbaik dalam dunia ini adalah, masakan di rumah anda sendiri tidak kira emak, atau isteri anda masak atau anak anda masak. Itu yang terbaik dan sedap di dunia.

Baiklah, di Penang, saya duduk di Bayview Beach Resort.

Biliknya yang super luas membolehkan satu keluarga sepuluh orang pun tidur disini tetapi mungkin kata orang “crowded” la kot. Tapi untuk enjoy, 10 orang apa salahnya jika anda ada 8 anak dan isteri.

Hari pertama kami makan atau tapau makan aje di Padang Kota lama. Memang ramai la orang di sana, dan kotor pulak tu. Tapi still ramai orang yang datang. Itulah kepoweran makan di sini.

001 Check In

Budak kecik check in

002 besar gabak 1

berlari-lari dalam bilik besar

003 besar gabak 2

katil double bed

004 peta bilik

peta lokasi bilik

005 besar gabak 3

keluasan bilik yang baik

006 bentuk hexagon

pemandangan dari tingkat 4

007 malam di penang

jalan-jalan bandar hari pertama

008 malam di penang

jalan-jalan versi ke-2

009 tandas berator ramai

ramai beratur nak ke tandas di Padang Kota Lama

010 ratusan manusia padang kota

Ratusan orang di Padang Kota Lama

011 besar gabak 4

Pemandangan yang lain pula

012 Pasembor Gani

Pasembor Gani RM19

Hari kedua bermula di mana kami keluar ke Taman Rama-rama. harganya jangan cakap la. RM18 untuk pemegang MyKad.

Jadi, masuk dan duduk sampai lebam dalam tu.

Dapatlah tengok ulat gonggok gergasi dan rama-rama dalam tu.

Disamping cicak2 besar pun ada.

Kemudian, saya isteri dan anak terus menuju ke sebuah empangan berdekatan dan masyaAllah, suasana sungguh cantik.

Tidak dapat dibayangkan jika waktu subuh atau sunset macam mana. Ciptaan Allah semuanya cantik.

Tetapi ciptaan manusia tidak kekal dan hanya cantik disebilangan orang.

Kemudian, pada sebelah petangnya, kami bergerak makan pula di Restoran Kapitan.

Dapatlah makan roti naan  yang sedap dan juga nasi beriyaninya yang sungguh sedap juga.

Malamnya kami jalan2 di Gurney Paragon dan ini macam KLCC. Hampir semuanya yang berjenis mahal dan dapat jalan sajalah disini. Mahal itu bukan maksudnya tak mampu langsung nak beli atau merendahkan diri. Tetapi mereka ini jual jenama. Benda sama tetapi boleh dapat harga murah di luar sana. Tak logik akal kalau sebuah benda yang sama harga 5 angka boleh dapat 2 angka atau 3 angka. jadi, belanja ikut ilmu dan berpandukan akal dan bukannya nafsu.

Kaya bukan bermaksud mampu, tetapi kaya dari segi agama, harta, minda, intelek, dan lain-lainnya.

013 kolam renang

Kolam Renang

014 kolam renang

Kolam renang lagi

015 pantai

Pantai depan Bayview Beach Resort

016 taman dalam bayview

Pemandangan Taman

017 4 meter

4 meter. Ada berani?

018 0.45 meter aje

0.45 meter untuk bayi

019 rama-rama

rama-rama

020 tempat rama-rama makan

tempat makan rama-rama

021 gonggok

ulat gonggok

022 rama-rama daun

rama-rama macam daun

023 periuk kera

periuk kera

024 biawak

cicak besar

025 gonggok lagi

ulat gonggok lagi

026 belalang kayu

belalang kayu

027 peta rama-rama

peta taman rama-rama

028 katak daun

katak macam daun

029 empangan teluk bahang

Empangan Teluk Bahang

030 empangan

Empangan

031 gurney paragon

at Gurney Paragon

032 terbaik kapitan

Naan Cheese with Tandoori RM10.50

033 terbaik kapitan kambing

Briyani Claypot Kambing!! RM10.50

Hari Ketiga pula, kami terus pergi ke sebuah Muzium Kamera terletak di (lihat sahaja map di bawah)

Di sini, kami melihat sendiri penerangan dari orang penang berkaitan kamera.

banyak ilmu baru yang kami pelajari dan sungguh menarik muzium ini.

Bayangkan, asal sebuah cermin yang dipantulkan dan juga bagaimana mata kita berfungsi mempengaruhi manusia untuk berfikir bagaimana merakam imej.

Percayakah anda, bahawa mata kita ibarat sebuah video recoder, merakam imej dan menghantar ke otak. Ianya bukan real-time, tetapi menghampiri real time di mana gerakan cetusan saraf mata yang merakam bilion imej pixel ke dalam retina mata dan seterusnya “mencetaknya” di otak untuk gambaran dan bayangkan setiap millisaat imej baru dihantar.

Kagum tak dengan ciptaan Allah ini? Itu baru mata. belum yang lain2 lagi. dan itu baru di badan kita. belum alam sekitar dan sebagainya.

Pendek kata, jangan bongkak dengan ilmu anda.

Selepas melawat muzium camera, kami seterusnya ke Restoran Kassim Mustaffa makan nasi dalca.

Pergh, tambah nasi sepinggan lagi tu. dua pinggan dibalun oleh saya untuk restoran ni.

Pada sebelah malamnya pula, kami pergi makan pula di Restoran Nurul Ikan bakar di belanja oleh RFM Committee.

Sedap juga restoran ini dan mudah untuk dilawati.

Sebelum itu sempat juga melawat Queensbay untuk saja-saja jalan2. Tetapi malangnya macam tiada apa untuk disinggah.

034 singgah Pantai Miami

Miami Beach

035 Camera Museum

The Camera Museum

036 old school camera

Camera Besar Zaman Dulu Kala

037 student RM10 aje

Harga Tiket

038 khusyuk dengar penerangan

Mendengar penerangan

039 vintage camera

Pelbagai Camera

040 bilik studio camera

Dark Room

041 amik ko old school lagi

Kalau leather hitam tu koyak, terus kene buang camera ni

042 1 dollar aje beb camera ni

Camera murah tapi filem lagi mahal sbb kene beli 20 biji sekali beli

043 leica

Jenema terkenal termahal

044 camera terawal

2nd design of camera

045 graffiti

Dinding bersimen camera

046 student entry as PhD student

Dari luar

047 Kassim Mustaffa

Kassim Mustafa

048 memang terbaek

Nasi Dalca Rm 5.80 + RM5 + rm0.80

049 makan ramai2 RFM Committee

Nurul Ikan Bakar RFM Committee belanja

Hari keempat menjelma dan kami pergi melawat pula kawasan rumah Allahyarham P. Ramlee.

Rumah yang kecil dan sangat menarik.

Seterusnya kami pulang dan makan di Restoran yang sama pada hari isnin iaitu Restoran Aman. berdekatan dengan TESCO (yang dekat Gurney Drive tetapi menghala ke arah Batu Ferringghi)

Pada sebelah petangnya, kami makan laksa penang, pasembor di Gurney Drive serta char keuy teow yang kami rasa, Pasembor Ghani lebih sedap kot di Padang Kota. Laksa Penang memang sedap juga tapi RM4. Char Kuey Teow juga RM4. Pasembor dalam RM10.

050 main air

Play Pool pagi2 sejuk2 sampai demam

051 beli baju souvenira

Penang Plaza

052 rumah P.Ramlee

Rumah P.Ramlee

053 IC P.Ramlee

IC

054 bilik P.Ramlee

Bilik

055 dapur kayu

Dapur

056 ibu dan ayah P.Ramlee

Ibu dan Ayahnya

057 Pasembor gurney drive

Pasembur Anjung Gurney RM10

058 Laksa Penang

Laksa Penang RM4 sbb laksa lebih. Padahal masa order xmintak laksa lebih pon. Sepatutnya RM3.50 biasa.

059 Char Keuy Teow

Char kueh teaw RM4 biasa saje. Kt Taman Ehsan Kepong lagi sedap.

060 GurneyPlaza

Gurney Plaza semata2 mencari kek

061 check out

Balik sudah

Kami sterusnya ke Restoran Kassim Mustaffa untuk bungkus makanan untuk makan malam. Dah tak larat sebab esok hari kelima nak pulang ke Kepong dan sterusnya ke Melaka kembali.

Published by razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: