Assalammualaikum,

Musim bulan November dan Disember di Malaysia merupakan musim banyak orang berkahwin dan mempunyai anak.

Untuk yang baru berkahwin dan mendapat anak. Tahniah. Anda sedang menghadapi fasa baru kehidupan.

Kepada yang yang baru menghadapi fasa duduk di rumah sendiri dan menjadi fungsi sebenar ayah dan emak. Tahniah juga.

Rakan-rakan dan orang ramai yang membaca atau terbaca artikel ini. Ini merupakan pandangan dan pendapat saya semata-mata.

Duduk di rumah sendiri walaupun menyewa, percayalah. Ianya amat-amat terbaik.

Bukan berniat untuk menghalau anda keluar dari rumah mak dan bapak anda.

Tetapi, itulah yang terbaik.

Pernahkah anda terfikir, masa kanak-kanak dan menghampiri baligh, anda dipisahkan dari mak bapak anda dan tidur sendirian?

Sebab anda dah besar.

Maka, tiba masanya anda pun menghadapi kehidupan sendiri.

Merasa sendiri apa yang perlu ada dirumah, menguruskan dan mengemas rumah dan sebagainya.

Ianya amat menyeronokkan dan pendek kata. itulah asam garam.

Percayalah, lagi lambat anda merasa menduduki rumah atau pun at least rumah sewa sendiri,

Lagi susah anda hidup sebagai seorang keluarga sebenar.

Anda mungkin tidak tahu bahawa banyak perkara yang perlu anda belajar.

Dari membaiki rumah sendiri, berjiran tetangga, serta berdikari secara berkeluarga.

Ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.

Bahkan, baru anda merasa perasaan pulang ke kampung. Walaupun seminggu sekali kerapnya anda pulang.

Tetapi yang lima hari anda di rumah anda sendiri/rumah sewa. Ianya amat berlainan sekali.

Privasi jangan cakap, anda dan isteri anda raja segala-galanya dalam rumah tersebut.

Bahkan, segala penat lelah mengemas rumah yang sendiri lagi terbaik.

Dan sebenarnya, ingat, kehidupan mereka juga dahulunya keluar dari rumah ibubapa mereka.

Ibubapa kita membuat dan membeli rumah sendiri dan kemudiannya merasa kehidupan privasi yang optimum.

Isteri anda bebas tak pakai tudung dalam rumah atau ikut suka anda berdua masa dalam rumah tersebut.

Tidak perlu 24 jam bertudung dan sentiasa ada masa privasi.

Saranan saya kepada yang baru berkahwin di luar sana.

Bagus duduk di rumah ibu dan bapa. Tapi lagi terbaik jika dapat duduk di rumah sendiri/rumah sewa.

Analogi?

Tidak perlu analogi. Berfikir sendiri. Anda tahu apa kebaikannya untuk masa depan anda.

Sekadar pandangan saya.

Disember 20, 2013 – Jumaat Jam 6.21 pagi.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s