Assalammualaikum,
Rata-rata kita tahu, bahawa bergiat dalam NGO ini sebenarnya ada kebaikan yang tersendiri selain daripada kita asyik terlalu sibuk dengan kerja NGO
NGO ini bagus kerana anda bukan berhubung dengan orang dalam pejabat anda sahaja, tetapi anda dapat kenal orang luar.
Takkan anda hendak kenal orang dekat pejabat anda dan tempat tinggal anda sahaja?
Melainkan anda anti-sosial dan malas menambah rakan.
Ada dua jenis yang menambah rakan ni
Satu sebab ada kepentingan
Satu lagi sebab yang memang benar-benar menyambung ukhuwah.
Yang pertama itu tak bagus. Samada kepentingan bagus atau tidak, ianya dibuat sebab awal yang tak bagus
Patut dimulakan dengan yang kedua – untuk menyambung ukhuwah.
Kemudian baru datang secara automatik kepentingan-kepentingan yang tidak dijangka.
Oleh sebab itu,
sentiasa aktif dalam NGO anda.
Masuk yang benar-benar anda minat dan mampu berjuang secara aktif dalamnya
Tidak perlu sehingga menjadi ahli jawatankuasa tetap (tetapi jika ada upaya apa salahnya)
Asalkan anda bersosial
Ahli persatuan masjid pun boleh
Persatuan kompang
atau bertaraf professional pun boleh.
Ikut suka anda.
Bagi saya,
NGO adalah peluang terbaik menambah rakan dan jaringan networking
Percayalah, kehidupan anda menjadi lebih ceria, banyak rakan dan kurang musuh
Musuh tetap ada, cuma banyak atau kurang sahaja.
Berserah kepada Allah semuanya.
Semoga kehidupan kita lebih ceria.
InsyaAllah
Disember 24, 2013 jam 4.38 pagi Selasa