Assalammualaikum,
Saya sebenarnya tidak mengemari sebarang penyelidikan berasaskan statistik kecuali diiringi bukti saintifik yang dijalankan bersama.
Saya bagi senario mudah untuk difahami (hopefully)
Hospital A merupakan tempat orang ramai berkunjung untuk mendapatkan rawatan. Maka yang sakit-sakit semuanya pergi ke Hospital A untuk mendapatkan rawatan.
Seperti biasa, mesti ada pola statistik yang menunjukkan perkembangan pesakit.
Sebagai contoh,
Januari 2013 – 10 orang demam denggi
Februari 2013 – 20 orang deman denggi
March 2013 – 30 orang deman denggi.
maka dibuat kesimpulan disitu, ada peningkatan denggi dan dengan ini Jabatan Kesihatan kena bertindak. Mereka akan bertindak setelah melepasi skala tertentu.
sama seperti bidang akademik.
Jika prestasi asyik menurun, maka akan ada jawatankuasa untuk mengkaji atau pegawai tinggi akademik yang akan buat soal selidik. Sama sahaja
Baiklah, berbalik kepada senario tadi.
Di Hospital A, Doktor akan bertanyakan apa sebab denggi dan menyiasat. ya, akan menyiasat. Akan ditanya apa-apa yang berkaitan denggi seperti:-
– Ada simpanan air terbuka di rumah tak
– Longkang berair ada tak
– Ada pergi mana-mana tak
dan sebagainya
Jika dari bulan Januari, Februari, dan March itu sebagai contoh menjawab:
“Saya takda simpanan air kat rumah, dan nyamuk pun kurang tapi saya perasan ada tangki takungan air di tempat perumahan saya”
Maka, majoriti menjawab demikian dan para Doktor pun akan mencari dalil yang boleh disangkutkan dengan hujah pesakit.
Maka Doktor pun puas menerangkan kepada Pegawai Kesihatan untuk bertindak dan mereka pun pergi basuh satu tangki tersebut dan sembur gas.
Tetapi,
Doktor tidak tahu pesakit tu mana pernah check longkang ke, atau buat apa-apa yang perlu untuk siasat. Melainkan Doktor sendiri atau Jabatan kesihatan buktikan secara sendiri dengan pergi ke rumah tersebut dan siasat.
Okeh itu di Hospital A.
Maka di sebuah Pusat Perubatan Traditional B pula.
Bilangan pesakit katakan hampir sama dengan yang Hospital A. Sakit pun sebenarnya sama cuma yang dapat penyakit tu tak tahu dia sakit apa. Main taram aje pergi jumpa bomoh atau perubatan traditional. tapi takpa, asalkan berusaha.
Tetapi diberitahu pengamal perubatan terdapat masalah-masalah yang bukan dikaitkan dengan denggi.
Maka digunakan perubatan traditional dan bacaan ayat-ayat Al-Quran maka sembuhlah.
Ditanya apa sebab jadi sebegitu, maka dijawab pula saya selalu posting mengenai gambar nenek saya.
Maka dibuat statistik adalah disebabkan posting gambar nenek dan cuba mencari dalil-dalil untuk menguatkan hujah.
Sedangkan ada yang tersalah tafsir dan merujuk ke ulama-ulama besar dan ustaz-ustaz yang lain.
———–
Apa kesimpulannya?
Sakit kedua-dua tempat sebenarnya sama sahaja iaitu denggi, dan dua-dua boleh mengubatinya baik secara moden atau traditional dengan izin Allah. Sebab bukan Doktor, dukun, pawang, bomoh yang mengubati pesakit. Tapi Allah yang akan izinkan kita sembuh atau tidak dan yang penting berusaha.
Segala hujah dan hujih adalah berdasarkan pengalaman masing-masing untuk menguatkan apa yang berlaku dan ayat-ayat Al-Quran ada menerangkan hujah2 yang lebih jelas. Cuma apabilah berhujah dengan Al-Quran, pastikan tafsir dengan ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang bukan bertanya melalui facebook. Sebab tu banyak sangat ajaran sesat dan posting yang tak betul.
Ada Kisah benar,
Saya di pejabat tengah buat kerja saya dan saya berkesempatan borak dengan ustaz yang sudah berumur 77 tahun dan bersara. Anak2 beliau ada yang tahfiz dan kerja hebat-hebat tetapi dia selepas bersara jadi ustaz dia jadi cleaner sebab bosan duduk rumah. At least dapat tengok rumah.
Saya berborak dengan beliau dan menyatakan sebahagian ustaz-ustaz sudah tidak seperti dulu lagi. Ada yang dengan selamba keluarkan tafsir hadis sendiri dan tafsir ayat Al-Quran tanpa mengikut panduan untk meentafsirkannya. Pulak tu masyarakat asyik taksub dengan seorang sahaja individu tanpa bertanyakan kepada banyak smber. Ilmu itu perlu tuntut sampai mati, mana boleh berilmu seorang guru sahaja, kena banyak dan cari semaksimum mungkin ilmu agama dengan sumber-sumber yang diyakini.
Ini tidak, masing-masing hendak menjadi apa yang orang lain pakar. Yang Doktor hendak menjadi ustaz, yang ustaz ingin menjadi Doktor, maka jadilah sebegini. Hancus masyarakat.
Kenal pasti ustaz dan ulama yang benar. Tuntut ilmu sampai mati. Bukan setakat habis degree sahaja. Patutlah orang kenamaan dan cerdik pandai boleh terjebak juga dengan ajaran sesat. tak selidik dan main taram aje sebab takda ilmu.