Assalammualaikum,

Apabila kita dijalan raya, kita sering kali melihat pelbagai jenis kenderaan yang pastinya akan ada yang tidak mengikut peraturan.

Baik kita sendiri samada memang sengaja tidak memberi signal atau orang lain yang tidak mengikut peraturan.

Ianya satu lumrah apabila manusia dibenarkan mengendalikan mesin dan motor.

Ianya satu perkara atau akibat yang tidak dapat dielakkan.

Manusia bukan robot.

Mereka akan membuat silap, cuba buat silap, terbuat silap, sudah buat silap, pasti buat silap, nak buat lagi silap dan sebagainya.

Kesilapan berpunca samada tekanan ataupun perasaan marah.

Seperti kita sedang memandu dengan tenang, tiba-tiba terlihat ada kenderaan mendekati kereta kita secara dekat walaupun di laluan paling kiri.

Mungkin cuba memotong dari sebelah kiri disebabkan disebelah kanan dipenuhi kenderaan yang perlahan walaupun ianya laluan laju.

Tetapi di laluan kita hanya ada satu atau dua kenderaan sahaja sepanjang 1 ke 2 km.

Laluan laju (kanan) ada sehingga 20 ke 30 kenderaan pula. Bahkan semua membawa dalam lingkungan 90 KM/J sedangkan di laluan perlahan membawa selaju 80 KM/J disebabkan semua hendak stay kanan

Ianya mungkin berpunca ada kenderaan paling hadapan yang memotong dalam keadaan perlahan iaitu sekitar 90 KM/J sedangkan had laju laluan kanan adalah 110 KM/J.

Jadi, secara tidak langsung, terus semua kenderaan di belakangnya terpaksa brek dan slow dan akhirnya laluan kanan menjadi perlahan berbanding laluan kiri.

Mahu tidak mahu, yang berada di laluan kiri terpaksa laju sedikit walaupun pada awalnya mahu santai.

Jika di lebuhraya Seremban-KL PLUS, laluan tengah adalah paling perlahan diikuti laluan kiri dan kemudiannya kanan paling laju.

Saya sendiri tertekan juga dengan situasi ini. Saya anggarkan laluan kiri adalah sekitar 80 ke 90 KM/J, laluan tengah sekitar 90 ke 100 KM/J, dan laluan kanan melebihi 100 KM/J

Tetapi lain jadinya bila kita tiba ke arah praktikalnya.

Laluan tengah menjadi 80 ke 90 KM/J

Laluan kiri sekitar 90 ke 100 KM/J

dan laluan kanan boleh mencecah 120 KM/J ke 140 KM/J.

Jadi, anda akan menghadapi kesukaran memotong kenderaan yang berada di laluan tengah kerana laluan tengah dipenuhi kenderaan yang membawa 80 ke 90 KM/J

Sedangkan laluan laju adalah 120 KM/J ke 140 KM/J.

Maka, jika ada kenderaan masuk laluan kanan untuk memotong kenderaan perlahan di laluan tengah, maka ianya mengakibatkan kesesakan dan inilah punca jalan trafik sesak.

Terjadilah situasi sampling berikut:-

Laluan kiri (sepanjang 1 km) – ada 5 kenderaan
Laluan tengah (sepanjang 1 km yang sama juga) – ada 3 ke 5 kenderaan
Laluan kanan (sepanjang 1 km yang sama juga) – ada 40 kenderaan.

Sebab itulah, jika laluan lurus dan sesak, laluan kiri paling laju!! KECUALI ada simpang susur keluar masuk ke jalan utama.

Maka disitu kena masuk laluan tengah atau kanan semula.

Disinilah terjadinya,

Buli Jalan Raya

Kemalangan langgar belakang

Masuk laluan orang (bertentangan jika jalan dalam)

Tidak bagi laluan kepada orang (sebab orang yang nak masuk itu terlalu perlahan atau masuk dalam jarak dekat)

dan sebagainya

Tidak kisah tahap kesabaran setinggi mana. Tengok semasa manusia tersebut memandu.

Terserlah tahap mana kesabaran seseorang itu.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s