Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya tiba di bumi Langkawi ini pada 5 Februari 2014. Di mana terdapat sedikit kelewatan dalam penerbangan Air Asia di lapangan terbang yang sesak di LCCT.
Saya pun hairan juga dengan penangguhan KLIA 2. Samada disebabkan menunggu tahun 2016,2017 (nak dekat pilihanraya) atau sebab lain yang sengaja ditimbulkan.
Baiklah, berbalik kepada Langkawi.
Sudah lama tidak ke Langkawi ini.
kali terakhir adalah pada tahun 2003 jika tidak silap.
Jadi, ini sesudah 11 ke 12 tahun tidak menjejak kaki ke Langkawi.
Setiba di sini, kami terus menaiki kereta yang disewa khas oleh bapa mertua saya dan terus ke Apartment yang disewa berdekatan Pekan Kuah.
Tiba di Langkawi Airport
Zahra pertama kali jejak kaki di Langkawi
Apartment ini sangat menarik dan dilengkapi channel Astro, mesin basuh separa automatik, tiga bilik tidur yang besar, dan sofa serta meja makan. Dapur juga lengkap dengan peti ais dan microwave.
Bilik Kedua – bilik saya, isteri dan anak
Dapur, pintu tersebut menghala ke mesin basuh
Tandas kedua
Budak demam dan batuk excited
Bilik ketiga
Saya dan isteri serta anak dapat 1 bilik manakala emak mertua saya dan kakak ipar sebilik dengan anaknya.
Manakala adik-adik ipar di bilik satu lagi. Hanya bapa mertua saya tidur di hall.
Disebabkan masa telah lewat, kami semua makan di sebuah restoran Saji berdekatan dengan Jeti Kuah.
6 Februari
Kami meneruskan pagi dengan sarapan pagi yang agak berat juga iaitu saya sendiri makan ikan keli yang agak besar
Van pregio yang saya bawa
Jalan yang di tunjuk GPS menyuruh kami melalui lorong sempit (macam jalan kampung) dan terlihat papan tanda ini.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Crocodile Farm
Seterusnya kami terus ke Telaga Tujuh dan direct to Underwater World.
Telaga Tujuh
Fly over yang menarik
Sebenarnya kami tidak singgah pun masuk di Crocodile Farm sebab harga tidak munasabah untuk tengok buaya.
RM20 untuk tengok buaya dan Rm12 untuk bawah 12 tahun.
Telaga Tujuh juga tidak turun kerana kepenatan waktu tengahhari.
Hanya Underwater world sahaja kami pergi dan lihat. Bayar RM30 setiap seorang untuk 7 orang.
Penguin Madagascar
Obor2
Kanak2 bawah 3 tahun free.
Seterusnya kami pulang dan makan tengahhari jam 4 petang berdekatan sebuah stesen petronas.
Malam harinya, kami makan di Kompleks Haji Ismail Group.
Gambar2