Salam,
Untuk hari kedua, tidak banyak aktiviti berlaku kecuali bab coklat dan makan laksa.
Pada sebelah paginya, saya sarapan sekali lagi sarapan nasi campur tetapi kali ini di restoran adik kepada owner Restoran Abbas di kawasan perumahan mertua saya di KL.
Budak yang semakin sihat dan kuat tengah tido sebelum gerak sarapan
Kira di Langkawi ni, adik dia buat bisnes makan.
Jadi, setelah makan di restoran ini, kami pulang ke apartment kami dan berehat sebelum jam 2 petang keluar ke Kompleks HIG di Pekan Kuah.
Kompleks HIG di Pekan Kuah
Ada di antara pinggan mangkuk sini harga riban-riban
Berbaris mencari coklat
HIG
Troli Baru
Banyak juga coklat di beli.
Tetapi saya beli sikit aje sebab beli banyak bukan makan tiap-tiap hari.
Selepas itu, kami bergerak pula makan Laksa berdekatan Pantai Chenang.
Macam biasa, yang turun ke laut saya dan anak saya sahaja dan yang lain makan laksa
Saya dah memang agak, sebenarnya selepas umur anda mencecah 15 tahun dan ke atas,
kadar bermain air laut itu adalah semakin kurang dan ianya akan berlaku semula sekiranya ada anak-anak kecil.
Itupun kalau emak dan bapaknya jenis main air laut dan jenis nak bawak anak main air laut ataupun anak tak takut air laut.
Ataupun bila bersama-sama rakan2.
Laksa yang sedap dan menyelerakan
Sekitar Resort World, Langkawi
Kotak
Selepas itu, kami segera jalan-jalan sedikit sekitar Resort World dan pulang ke apartment selepas itu.
Malam harinya, saya dan isteri serta anak bawak mak mertua ke sekitar kompleks HIG kerana membeli t-shirt2 Langkawi
Saya sempat singgah makan di sebuah restoran di Pekan Kuah sambil tengok Maharaja Lawak Mega 2013.
Buat lawak dapat setengah juta.
Tak ke terbaik ke tu?
Pencetus Ummah tak pasti banyak mana tetapi jauh lebih sedikit kot.
Apa nak buat, bukan kita yang sponsor duit. Jadi, anda perlu jadi kaya dan sponsor pencetus ummah bagi dapat duit banyak sikit.
Anda kena tahu, yang sponsor duit ratus ribu adalah syarikat2 yang sebenarnya menaja iklan semasa sesi Maharaja Lawak berlangsung sepanjang tahun.
Mungkin syarikat televisyen mengeluarkan modal untuk tertentu tetapi ada yang dari sponsor-sponsor.
Baiklah, difahamkan hari ini (8 Feb) jam 8 pagi akan gerak berjalan-jalan.
Kita tunggu dan lihat.