Assalammualaikum,

Baru-baru ini, anak saya Izz Nur Zahra telah diserang sakit sawan tarik (seakan) di Langkawi, Kedah ketika hari percutian kami sekeluarga hampir sampai penghujungnya.

Pada 8 Februari 2014, setelah selesai mengunjungi Tanjung Rhu,  Makam Mahsuri dan sekadar melawat Beras Terbakar, kami terus ke kedai makanan di bawah untuk makan.

DSC_0287

 

Restoran terakhir kami makan sebelum saya sendiri sakit perut dan muntah2.

Saya makan lauk ikan keli dan asam rebus (orang kedah panggil asam pedas) dan minum air suam.

Setelah makan, kami singgah pula ke Kilang Gamat di bawah:-

DSC_0304

Kilang gamat yang kami pergi

Pada ketika ini, Zahra masih tidur keletihan dan sebenarnya dan banyak kali dia cirit birit dan tak makan sangat.

Kemudian kami pulang ke rumah sewaan kami di Suria Century di Pekan Kuah.

Setiba di sana budak ni masih aktif.

DSC_0323

Masih aktif dan main baring-baring dengan Aleesya

dalam 30 minit selepas gambar di atas, dia cirit birit dan kami menceboknya.

Selepas sahaja saya pakaikan dia pampers, terus dia nak main tarik2 kerusi macam biasa dan kemudiannya terus pengsan.

Kami panik dan terus mencuba menyedarkan dia dan alhamdulillah sedar. tetapi lemah dan perlu bawa ke hospital.

Mujurlah saya tahu hospital Langkawi di mana dan ianya straight sahaja dari Pekan Kuah.

Setiba di hospital Langkawi, isteri dan ayah mertua saya terus ke emergency

Air terpaksa dimasukkan disebabkan kekurangan makanan dalam tubuh.

Sebab dalam perjalanan ke hospital, dia cirit birit lagi dan muntah dengan banyaknya.

Alhamdulillah, sampai di sana terus ok tetapi lemah.

Pada hari pertama masuk, di masukkan ke wad yg ada ramai orang sebelum berpindah ke wad bilik seorang sebab dia tak boleh dicampur dengan orang lain.

Banyak tidur akibat keletihan.

Sebenarnya, anak saya ni dan demam, batuk berkahak dan selsema dari minggu sebelumnya lagi.

Doktor tengah memeriksa ubat dan mencari samada ubat adalah tergolong dari yang mungkin menyebabkan seakan sawan tarik ni.

Sebabnya, anak saya tak demam.

Tapi saya syak perkara berikut

a) Terlalu letih sebab kami semua asyik berjalan
b) Kurang makan dan ditambah selalu berjalan
c) Cuaca terlalu panas walaupun beraircond tetapi bahang still ada walaupun dalam kereta sejuk.

Mungkin kombinasi di atas menyebabkan pening yang amat sangat hingga pengsan

Atau terjadinya fenomena kepala pusing sehingga muntah dan pengsan

Kita tidak tahu.

Ada budak sebenarnya sakit, mungkin dia letih nak berjalan tetapi kita paksa juga bawak berjalan.

Anak saya di wardkan selama 3 hari 2 malam dan baru release semalam.

Alhamdulillah, hanya sekali sahaja tarik jadi sekali lagi pada hari kedua jam 11.30 pagi dan selepas itu sehingga saat artikel ini ditulis, tiada apa-apa yang berlaku. Dan Zahra semakin sihat. InsyaAllah.

Untuk makluman, walaupun Hospital Langkawi bukan dalam panel Great Eastern Takaful, tetapi saya boleh claim kemudian dengan Great Eastern Takaful. Saya dah telefon ajen saya dan semua receipt akan diforwadkan kepada ajen tersebut untuk tujuan tuntutan.

About the Author razorjr

Research and Academician

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s