Assalammualaikum,
Esok, bermulanya episod saya di Department of Interactive Media sebagai seorang pensyarah yang baharu di sana.
Subjek pertama di fakulti ini adalah Web Programming.
Sejak masuk di fakulti ini, perkara pertama yang perlu saya ketahui adalah tidak boleh menyamakan sistem antara satu tempat dengan tempat yang lain.
Apa yang boleh kita buat adalah membantu dari segi idea dan pandangan dalam mempertingkatkan perkembangan sistem di tempat baharu.
Sebab itulah kita sebenarnya digalakkan berhijrah
Tidak stay pada sesuatu tempat pada masa yang lama.
bahkan jika ada kontrak sekalipun, langkah terbaik adalah sentiasa berhijrah
Jika tidak dapat berhijrah besar-besaran, boleh sekadar berhijrah dari segi memperbanyakkan jenis dan rakan-rakan dari persatuan tempatan atau sukan.
Sebelum ini katakan anda hanya kenal kenalan di kawasan pejabat.
Apa kata anda berhijrah kepada yang lebih baik iaitu mengenali kawasan tempat tinggal anda.
Ataupun mungkin mengenali rakan-rakan masjid di kawasan tempat tinggal anda.
Dan banyak lagi.
Dengan itu, banyak adaptasi boleh dikembangkan.
JIka sebelum ini kurang melawat atau pergi ke conference.
Apa kata tingkatkan pencapaian diri dengan memperoleh atau memohon geran dan seterusnya pergi ke persidangan.
Anda boleh jumpa rakan-rakan baru dan seterusnya bergiat aktif dalam aktiviti melibatkan interfakulti ataupun inter universiti.
Jangan terhadkan pemikiran anda sahaja
Luaskan diri anda dalam kelompok masyarakat dan ini memperkembangkan otak kecil kita ini.
Sama seperti gaya mengajar anda.
Ubah dan jadikan lebih user friendly dengan pelajar.
Tidak perlu masuk ke bilik atau kelas dengan muka yang terlalu serius dan dalam otak pikiaq nak marah budak atau pelajar sahaja.
Atau masuk ke kelas sambil memperkecilkan kebolehan pelajar
Itu tandanya anda riak dengan ilmu anda.
Mereka tiada ada-apa ilmu dan menjadikan tanggungjawab kita untuk “guide” mereka ke arah penuh ilmu.
Itulah yang membezakan guru dan pensyarah.
Pensyarah seharusnya menunjukkan jalan ke arah cara memperoleh ilmu tersebut
Sebab itulah, pelajar juga harus tahu yang pensyarah bukan mengajar, tetapi mendidik bagaimana mencari dan menerima sesuatu ilmu tersebut.
Tahu cara bagaimana hendak menggunakan ilmu dan seterusnya menyampaikan kepada rakan sendiri.
Pengajar terbaik adalah yang paling rapat dengan diri anda.
pertama adalah ibu bapa
kemudian diikuti yang terlebih dekat dengan anda
Jika rakan lebih dekat berbanding pensyarah, maka mudah rakan anda atau anda sendiri mengajar rakan anda.
Tapi sebelum itu belajar dahulu bagaimana memperoleh dan mentafsirkan ilmu tersebut.
Tersalah tafsir maka terpesonglah ilmu itu.
Selamat menghadapi semester baharu kepada pelajar-pelajar saya yang baharu.
Terima Kasih.
Februari 16, 2014 – Ahad – Jam 6. 51 pagi, Kepong, Kuala Lumpur
Leave a Reply