Mudahnya kehidupan ini dan Sengsaranya kehidupan ini

Published on

in

Assalammualaikum,

Saya kali ini ingin berbicara mengenai kehidupan biasa kita di sekeliling.

Saya tak ingin sangat menyentuh soal agama kerana soal agama boleh bertanya kepada yang lebih arif.

Tetapi kupasan ini adalah dari hasil ilmu yang saya peroleh dari tokoh2 agama dan juga sumber-sumber yang bermanfaat.

Dari segi logiknya juga, mungkin ada betulnya.

Seperti kita sedia maklum untuk KEHIDUPAN DUNIA,

Setiap hari kita kejar sesuatu, iaitu apa?

Mendapatkan wang.

Tanpa wang semua tak jadi, rumah, makan sedap, barang yang berkualiti, berjalan-jalan dan sebagainya.

Kita mencari wang semaksimum mungkin.

Itu untuk dunia.

Bagaimana untuk AKHIRAT?

Jika di dunia kita sudah mengejar, pastinya untuk AKHIRAT kita perlu berlari dan berhempas pulas setidak-tidaknya setaraf dengan takrif mengejar yang didefinasikan oleh saya di atas.

Bermaksud, beribadat semaksimum mungkin.

Jika gaji dan wang ganjaran naik, takkan amal ibadat tak boleh nak dinaikkan?

Takkan tak mahu ganjaran dari Allah S.W.T.?

Jika bulan ni dah solat zohor berjemaah, apa kata bulan depan zohor + azar?

Kemudian, tahun depan pula, zohor + asar + mahgrib.

Kalau boleh, dalam tempoh lima tahun. capai benda ini:

Tahun pertama, 2014 – Sedaya upaya jemaah di masjid solat Zohor

Tahun kedua, 2015 – Sedaya upaya jemaah di masjid solat zohor + asar

Tahun ketiga, 2016 – Sedaya upaya jemaah di masjid solat zohor + asar + mahgrib

Tahun keempat, 2017 – Sedaya upaya jemaah di masjid solat zohor, asar, mahgrib dan isyak

Tahun kelima, 2018 – Sedaya upaya jemaah di masjid lima waktu.

At least, kita mempertingkatkan kehidupan kita.

UMRAH sudah pergi, tapi solat jemaah taknak pegi?

Sebab solat jemaah, lebih dekat, percuma, dan dapat kenalan dan jiran sekeliling.

.

.

Berbalik kepada soal kehidupan,

Seperti biasa, ada kalanya kehidupan kita ini tak seindah dikatakan.

Dah cukup kaya dan hebat, anak pula macam-macam perangai

Terpaksa dibuat pelbagai perkara dan sehingga usia tua pun tak dapat merehatkan diri dengan agama.

Kita memang tak dapat elak perkara ini.

Selalunya, anggap sahaja cara kita “membasuh” dosa-dosa kita yang kita tak nampak.

Kadang-kadang, orang yang lebih miskin dari kita lagi selesa dan anak2 mereka semuanya hebat-hebat dan tiada masalah ketara.

Itu semua ujian sahaja.

Yang penting, hadapi dengan tenang.

Bersihkan diri dengan sedekah dan berzakat.

Semoga kehidupan ini lebih bermakna.

 

Leave a Reply


HA
Hamzah Asyrani Sulaiman
// lecturer · researcher
Computer Graphics Animation Simulation Teaching Research
Teaching · 3D Game Dev, Graphics & Vis
Research · CG, Animation, Simulation
Publishing · Research papers & consultation

Discover more from asyrani.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading