Assalammualaikum,
Saya sering menaiki pesawat untuk ke universiti saya sambung belajar dan juga untuk menghadiri persidangan serta pulang ke kampung.
Walaupun perjalanannya paling kuat pun dalam 2 jam 30 minit dan paling minimum dalam 1 jam, namun setiap kali menaiki pesawat, saya merasakan agak risau juga kerana takut berlaku pelbagai perkara.
Namun, setelah difikirkan dengan teliti, kemalangan itu tidak berbau.
Sila lihat statistik kemalangan jalan raya di bawah:
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan JKR tersebut di laman: http://www.jkjr.gov.my/ms/maklumat_keselamatan/statistik.html, adalah didapati setiap 100 ribu penduduk, tetap 24 kematian akibat kemalangan berlaku.
Jika penduduk Malaysia adalah pada ketika itu sebanyak 25 juta. Maka jumlah kematian adalah 24 x 250 = 6000 orang/kematian.
Jadi, apa yang saya simpulkan disini, kita boleh lihat jumlah yang meninggal akibat kemalangan jalan raya adalah sebanyak 6000 orang setahun.
Itu belum yang meninggal akibat perang, sakit dan sebagainya.
Itu takdir.
Adalah menjadi tanggungjawab kita memahami situasi yang sebenar.
Banyak masyarakat Islam di luar disembelih dan juga dibunuh di luar sana setiap hari, tatkala kita risau dengan pelbagai perkara.
Oleh itu, kita harus berfikir secara rasional untuk tidak menghentam mana-mana pihak.
Ingat, sentiasa positif dalam pelbagai perkara dan juga dalam kehidupan di dunia.
Jika anda suka sangat berhati-hati, maka harus tahu anda jenis tidak suka mengambil risiko.
Teruskan kehidupan seperti biasa dan hadapi dengan tenang.
Doakan mereka dan insyaAllah mereka akan tenang di sana.
Semoga semuanya disempurnakan. InsyaAllah.